Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, February 28, 2010

Cinta dia pada memberi~

i'm walking in my memories with you
the tears fill even the deepest area of my heart
what should i do?
even in my dreams, i miss you

Cinta itu adalah memberi. Begitu yang saya pelajari dari dia. Dia tak pernah jemu memberi, sehingga akhir hayatnya dia masih memberi. Kerana cinta itu, dia tidak mengharapkan balasan dari anak-anaknya, walaupun hatinya sering dilukai. Pada wajahnya, saya melihat satu jiwa yang lembut. Pada dirinya juga, saya pelajari kemurahan hati. Dan kemurahan hati itu adalah pada akhlaknya yang tinggi. Pada sesiapa yang datang, tiada hampa mereka pada bantuannya, hatta pada si penipu, dia masih bersikap bermurah hati. Alangkah.. dan dia berkata, bahawa tidak rugi berbuat baik pada siapa pun, kerana Allah akan membalasnya.

Cinta itu adalah memberi. Sama seperti dia. Saat hati merasa letih untuk memberi, terlintas pada memori cinta dia. Dan hati kembali menjadi lembut. dan cinta dia walaupun tak sama dengan Cinta DIA, tetapi masih ada persamaan, iaitu memberi. Pada ketika kita alpa sekalipun DIA masih memberi, DIA memberi ketika kita derhaka, apakah DIA akan meninggalkan kita tatkala kita beriman.

Ya, cinta itu adalah memberi. Perit tatkala asyik kita sahaja yang memberi, tetapi balasannya tiada. Ah, persetankan semuanya, kerana bahagia memberi itu lebih indah, lebih indah dari menerima.

Saya teringat cinta dia lagi. cinta yang dahulu saya pandang sepi, saya pandang sebagai tanggung jawabnya, namun tika dia tiada, saya mulai mengerti bahawa itu adalah cinta, dan saat saya sudah menyedarinya saya kehilangan cintanya. Saya rindu pada saat dia merindukan saya, saya rindu pada saat dia membahagiakan saya. Pada titis air matanya yang mudah mengalir kerana kerenah saya. Pada hatinya yang sering memendam rasa kerana saya. Pada doanya saban hari untuk saya. Dan hari ini, dia tinggalkan saya dalam sayup kenangannya...memberilah...

memberilah walaupun dirimu disakiti..kerana memberi itu mengajar hati erti keikhlasan.Dan saya berharap saya mewarisi cintanya. Cintanya pada memberi..
Ya, Allah, izinkanlah saya untuk memberi sehingga akhir hayat saya sama seperti dia..

Wednesday, February 24, 2010

Ketika Cinta harus memilih~


ketika cinta harus memilih
antara nafsu dan mujahadah
yang manakah bisa menjadi pemenangnya?

ketika cinta harus memilih
antara nafsu dan pengorbanan
yang manakah bisa menjadi pemenangnya?

ketika cinta harus memilih
antara nafsu dan perjuangan
yang manakah bisa menjadi pemenangnya?

ketika cinta harus memilih
antara makhluk dan Tuhan
yang manakah bisa menjadi pemenangnya?

Cinta adalah mujahadah
cinta adalah pengorbanan
cinta adalah perjuangan

Cinta bukan Tuhan
tetapi mencintai Tuhan adalah cinta

...........................

ya Allah, ketika aku harus memilih
bantulah aku untuk memilih diriMU lebih dari segalanya..

Thursday, February 11, 2010

kebisuan rindu~


engkau membisu
aku merindu
pada satu tabir waktu
engkau kukuh di situ
aku terkedu
lidahmu kaku
kita bertemu dalam mimpi yang satu

.....................

Dalam mimpi yang penuh rindu, setiap hari kita bertemu,
ayah..


~Tulip putih~

Wednesday, February 10, 2010

Aura Seni~



Saya pulang dengan hati gembira dan penuh teruja setelah dikelilingi oleh aura penulis-penulis hebat tanah air,Dr.Mawar Shafie, Damya Hanna, cikgu Shamsiah dan pelajar sastera serta penulis muda lain dalam Bengkel penulisan bersama Aminah Mokhtar atau lebih senang dengan panggilan manja kakmin hari ini. Kali pertama saya menjejakkan kaki di situ saya terasa amat kerdil memandangkan diri ini tiada langsung ilmu mahupun karya agung yang pernah tersiar.

Akar cinta, Episod cinta ramadhan, Gerhana Manusia, Dia bukan anak mangsa perang, Tiang seri rumah tuan, Sayalah Walinog seri, Seteguh fikrah Salehah,ku usir lara ini, semoga cepat sembuh adalah antara karya-karya kakmin. Kisah Kakmin, dari seawal usia 9 thn tlh bercita-cita untuk menjadi seorang penulis sehinggalah pengalamannya menjadi jururawat yang banyak menginspirasikan dirinya untuk menulis mengujakan saya. Sebagai seorang juru rawat, pengalamannya banyak diterjemahkan melalui penulisannya. Dia mula mengulas satu persatu karyanya yang terhasil dari pengalaman, dan mulut saya mula melopong (sebenarnya tertutup, hanya retorik) ekpresi dari rasa terkesima dan teruja. Apa yang mengkagumkan walaupun hanya dari mendengar gosip dia boleh menghasilkan sebuah kisah, Dia bukan anak mangsa perang.

teori kakmin amat mudah, menulis dengan hati dan jiwa. Dia mengharapkan karya-karyanya dapat dibaca dengan rasa, dan semoga jiwa dan rasa akan menjadikan karya-karyanya bernyawa. Kata Kakmin lagi, dengan kesibukannya sebagai seorang juru rawat dan menguruskan anak-anak, dia menulis dengan rasa cinta, kerana orang yang sedang mabuk cinta akan merasa bahagia dengan apa yang dilakukannya seterusnya melahirkan rasa tanggung jawab.

Akhirnya saya memohon sedikit nasihat daripadanya bagaimana untuk memasuki bidang sastera ini dengan lebih aktif. Dia menasihati saya untuk meletakkan matlamat dalam bidang ini dan yakin pada diri sendiri. Nasihatnya lagi, untuk menulis juga kita perlu berdoa kepada Allah taala supaya diberikan ilham.

Dari seorang yang hanya menulis blog, saya berharap dapat pergi lebih jauh dan mungkin satu hari nanti saya berharap dapat melakar nama dalam bidang ini sebaris dengan nama penulis-penulis tanah air yang hebat ...

Aminnn..

Dan tiba-tiba saya teringat pada nasihat Dr.Mawar yang pernah mengajar saya subjek pilihan bebas, Penulisan Kreatif, bahawa blog merupakan satu medium untuk mula menulis. Terima kasih Dr.Mawar, dan terima kasih kepada blog saya manisnyaapple, inspirasi dari karya Faisal Tehrani Kerana Manisnya Epal. Dan terima kasih juga kepada arwah ayah yang mana saya sebenarnya mewarisi bakat menulis daripadanya. Dan terima kasih juga kepada semua kerana menyokong saya...

Saya ingin menulis dan terus menulis...
dan saya ingin pecahkan dinding yang mengelilingi saya..

Hopefully....




-Khadijah Abd Latip @ Tulip Putih-

Saturday, February 6, 2010

Pantai~



Pantai,
sekali diterjah ombak,
mungkinkah masih yang dulu?

hati,
sekali dihempas badai,
mungkinkah masih yang dulu?



-Tulip Putih

Tuesday, February 2, 2010

Ombak~


Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.

~ A.Samad Said


Monday, February 1, 2010

Ketika cinta menjadi permata..



Ketika cinta menjadi permata...


bersinar, indah terpelihara



Tersimpan rapi hanya untuk pemiliknya



alkisahnya..

hanya yang layak kan memilikinya..


alangkah indah dan bahagianya..

....

p/s: sy takda kena mengena dgn entry ni..single lg hehe

Friday, January 22, 2010

Jika kamu masih punya ayah~






jika kamu masih punya ayah,
senyumlah padanya. Kerana boleh jadi itu adalah senyuman terakhir kamu untuknya.
dan boleh jadi kamu tidak berpeluang melihat dia tersenyum lagi.

jika kamu masih punya ayah,
ciumilah tangannya, kerana tangan itu yg berusaha untuk menyuapkan secubit rezeki kedalam mulutmu.
Dan boleh jadi kamu hanya sempat mencium tangan kakunya.

jika kamu masih punya ayah,
ciumi pipinya. kerana pipi itu yang selalu menjadi teman setia mengaliri air matanya saat terpikirkan dirimu.
Dan boleh jadi, kamu hanya sempat mencium pipi sejuknya.

jika kamu masih punya ayah,
sapukan peluhnya dengan kasih sayang. kerana boleh jadi kamu hanya berpeluang menyapu titis peluh pada dahinya sebelum dia dikafankan.

jika kamu masih punya ayah,
peluk dan dakaplah dia, dan lihatlah matanya dengan penuh kasih sayang.
kerana boleh jadi itu adalah terakhir kali kamu berbuat begitu.

jika kamu masih punya ayah,
hargailah dia, ucapkan kata sayang padanya sebelum semuanya menjd terlambt...

dan..jika kamu masih punya ayah,
kerana aku sudah tak punya..Tawa ayah pd malam itu, rupanya adalah peninggalannya yg terakhir kali.
Kenangan terakhir dia hadiahkn padaku..

hargailah ayah dan ibumu, biar siapapun dia..kerana ayah dan ibu tidak akan pernah punya dosa pada anaknya..kerana mereka, kita ada di sini..dan kita mengenal ALLAH..


.............



Selamat hari ulang tahun ayah yang akan tiba lagi 3 hari. Sambutan hari lahir ayah ke 57, rupanya adalah yang terakhir kali dan pada waktu itu saya dan adik yang tak punya lesen, diam2 merempit pergi ke tesco untuk membelikan kek hari jadinya dan juga baju kemeja merah sebagai hadiah hari jadinya.Dan kami membuat surprise untuknya yang pada ketika itu dia telahpun bersedia memejamkan mata untuk tidur.

Dan...tarikh keramat itu bakal tiba, tetapi tanpa kek, hadiah dan senyumannya lagi. Tetapi yang tinggal adalah doa dan memori manis bersamanya..

Ayah...terima kasih kerana menghadiahkan saya kasih sayang yg tak terhingga..

Dan hari ini, saya hanya berharap dan berdoa juga meminta pada setiap insan yang masih punya ayah supaya sayangilah ayah kalian semua..

-Ayah, jika punya pahala dari entry ini, saya hadiahkannya buat hari lahir ayah yg sepatutnya pd tahun ini adalh 58thn..

Thursday, January 14, 2010

Rindu dalam mimpi..






pada kalimah tertera rindu
biasan belati menusuk hati
lidah mengerang bibir membisu
pada satu arah menuju mati
darah membeku, nafas jadi satu
anehnya, nyawa masih dalam jasadi
adakah,rindu dalam mimpi?



-Kolej pendeta za'ba,UKM,Bangi
Thursday, jan 14,2010.

Saturday, January 9, 2010

Nikmat..



Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat


-A.Samad Said










"maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan"
-surah Ar-Rahman ayat 13.