Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, August 5, 2011

Ramadhan terakhir



Semoga Ramadhan tahun ini bukan Ramadhan terakhirku dan umi.Telah 2 tahun Ramadhan ini tanpa ayah, ketika sedang memasak untuk berbuka, tiba-tiba teringat akan kenangan,ramadhan terakhir 2 tahun lalu, ayah menjenguk ke dapur, sambil memuji bau enak yang datang dari kuali dan periuk. Semoga arwah ayah di sana ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Amiin.


Sunday, July 10, 2011

Warna-warni aku & dia


Semalam aku bermimpi, bersama teman tercinta kami melihat pemandangan dari sebuah jendela. Rumah-rumah yang berwarna-warni, pohon-pohon berwarna hijau, kuning dan kemerahan, dedaunannya berguguran, rumput nan hijau, dan langit yang biru, Indahnya. Umpama sebuah lukisan, Subhanallah. Tanpa sedar, aku berkata padanya, lihat warna-warna itu, semuanya berada pada tempatnya, dan semuanya memainkan peranannya tersendiri. Kemudian aku tersedar, mimpi ini begitu berharga. Ingin memberitahuku sesuatu. Walaupun hanya warna tetapi ia memainkan peranan yang sangat besar. Aku cuba membayangkan jika warna-warna itu tidak terletak pada tempatnya, atau, bagaimana jika dunia ini tanpa warna, sudah pasti aku tidak dapat melihat keindahan pemandangan itu, dan sudah pasti aku tidak sedar untuk memuji Tuhan atas kebesaranNya.


Warna-warna itu umpama warna-warna dalam kehidupanku,warna-warna dalam kehidupan dia, dalam kehidupan kamu dan mereka...

Aku merindui warna-warni tika bersama dia dan teman-temanku yang lain

~Moga setiap hari, ada doa dariku buat teman-teman tercintaku~


Monday, February 14, 2011

Majalah Solusi Isu 28


~Alhamdulillah~

Wednesday, January 12, 2011

~Hikayat Monyet Cinta~


Dari mata, turun ke hati,
Menyusup rindu, menyentak jiwa
Memberontaklah cinta
Sang monyet pun bersuka-suka
Manusia bercinta
Monyet dapat nama



~hikayat monyet cinta~


Friday, January 7, 2011

Belajar untuk mengajar, Mengajar untuk Belajar





Ketika mentasmik bacaan seorang anak kecil, saya tersenyum sendiri melihat gelagat rakan-rakannya yang inginkan perhatian. Teringat sewaktu kecil-kecil, saya juga begitu. Selalu menyampuk di dalam kelas. Tak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan dan fikiran guru tersebut. Hari ini, saya berada di tempatnya. Tanpa pengalaman, teori dan silibus, saya jadi buntu. Harus bagaimanakah saya mengajar. Namun, tiba-tiba, kenangan terhadap cara mengajar seorang ustaz yang disegani 12 tahun yang lalu, memberi inspirasi. Benarkah pengajaran secara penceritaan lebih mudah diterima oleh murid-murid?.

Sambil menyapu dihadapan rumah, saya ketemu si cilik Muhammad yang baru berumur 5 tahun sedang bermain basikal

"Ustazah, esok saya datang ngaji lagi yer"
"ok..." Saya tersenyum sambil berazam, saya harus belajar untuk mengajar, dan mengajar untuk belajar.

Ya Allah, bantulah saya..



Wednesday, January 5, 2011

Dekat bau tahi, Jauh bau Bunga


Arwah ayah pernah berkata, "dekat selalunya bau tahi, bila Jauh bau Bunga"

~fahamkah kamu?~

Tuesday, December 21, 2010

Doa ulang tahun ke 23~


~Ya ALLAH, kuatkanlah dan tetapkan hatiku hanya untuk insan pilihanMu, yang terbaik pada pandanganMU, untuk duniaku dan agamaku dalam cinta kasihMU~

~AMEEN~

............................


Doaku untuk ulang tahun yang ke 23.

Terima kasih Allah, kerna Engkau telah memberiku nafas dan nikmat sejauh ini, moga akan tetaplah aku menjadi orang beriman dan bersyukur padaMU hingga hujung kalimahku terukir namaMU.


Friday, November 19, 2010

Rindu karu-karu~


hati merindu
namun, otak membeku
lalu, jari-jemari kaku

Hati merintih
oh, otak mencairlah idea
oh, jari menulislah lagi

Diam..
Dan terus membisu





Tuesday, September 28, 2010

Saya mahu jadi penulis~


Saya baru sahaja selesai membuat keputusan untuk menolak tawaran kerja yang baru datang. Alhamdulillah, setelah istikharah Allah berikan petunjuk yang lebih jelas. Baru-baru ini, semua orang yang saya jumpa bertanya perkhabaran pokok anggur yg saya tanam lebih kurang sebulan ini sudah berbuah atau belum. Saya dengan jujurnya memberitahu mereka bahawa pokok anggur tu dah keluarkan putiknya. Almaklumlah, waktu tu saya tidak tahu risiko buah anggur yang akan berbuah itu tidak menjadi. Dan putiknya layu dan gugur dengan tidak berperasaan. Ah, apa yang saya sedang melalut ini~

Rupa-rupanya bukan mudah nak cari kerja. Sudah dapat tawaran, terpaksa dengan rela hati ditolak. Terlalu banyak perkara yang hendak diambil kira. Selain daripada tambang segala tambang pengangkutan awam, masa, jarak, keselamatan sehinggalah kepada bab ibadah iaitu nak tunaikan solat dan jaga aurat. Kemudian saya berfikir, alangkah indahnya tatkala zaman belajar dahulu. Rasa nak sambung belajar balik...tapi...kena tunggu dapat kerja tetap dulu..kalau tak, siapa pula nak support saya..kan! kan! ...owh...stressnya tak dapat keja lagi..

Esok pagi-pagi saya nak ucapkan selamat tinggal kepada tawaran scicom dan astro...buh bye..Owh ya..saya nak jadi penulis..SAYA NAK JADI PENULIS...saya nak jadi penulis...SAYA NAK JADI PEENULIS...saya nak jadi penulis............(penulis blog jer la buat masa ni..), terima kasih kepada yang sudi membaca..

Wallahualam .

p/s: Owh ya, baru2 ni saya amik gambar dengan Mana Sikana, amik aura dan berkat cket, sayakan nak jadi penulis..penulis blog kata pakcik saya.. =)


Friday, September 17, 2010

Salam Aidilfitri~

Sudah lama tidak menulis, serba salah rasanya terhadap blog kesayanganku ini. owh..ya, selamat hari raya walaupun dah masuk syawal yang ke 09. saya mohon ampun dan maaf pada sesiapa sahaja yg mengenali diri ini. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yg penuh dgn salah dan silap.

Raya tahun ini ada sesuatu yang kurang. Raya pertama tanpa ayah di sisi. Sangat-sangat rindukannya. Ayah yang penyabar, tak kedekut menghadiahkan pujian untuk masakan saya. Semoga ayah ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh dan solehah dan para kekasihNYA.

Hari raya tahun ini juga, Allah, mempertemukan kembali saya dengan teman-teman yang sudah lama tidak ketemu. Kalut, dan terkejut dengan kehadiran mereka walaupun dah diberitahu lebih awal. minta maaf zahir batin teman-teman..

Raya tahun ini juga, menjadi sejarah kepada sahabatku fatimah yang baru bergelar isteri orang pada 3 syawal yg lalu. Barakallahulakuma. Dan tahniah juga kepada sahabatku nooraziela diatas pertunanganmu pd syawal ke 5 ..

~wallahualam~