Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 30, 2009

Aku lah pendosa yang terhina..



Akulah pendosa yang terhina
muliaku pada pandangan manusia
belum tentu selamat di sisiNYA



Akulah pendosa yang terhina
sembunyi syaitanku dari mereka
yang terpancar hanyalah malaikat mulia



Akulah pendosa yang terhina
lebih maksum dari Nabi mulia
ku lihat manusia lainnya hina
wajah mereka penuh dosa
aku pun merasa bangga
Ha ha ha



Akulah pendosa yang terhina
tak layak untukku menerima
barang secebis ampunanNYA
apa lagi mahu bermimpi syurga
sedang aku tak mahu neraka


Akulah pendosa yang terhina
tak mahu aku malu meminta
pada NYA
pada suatu taubat karunianya
aku meminta untuk selamanya


Allah, ampunkan dosaku


...............................


Allah, luruskan lah jalan ku
Allah, luruskanlah agamaku
Allah, luruskanlah hatiku


Aku memohon karuniaMU pada hati yang tidak sombong
aku memohon karuniaMU pada hati yang tidak angkuh
aku memohon karuniaMU pada hati yang tidak riak
aku memohon karuniaMU pada hati yang tidak syak wasangka


Kurniakan aku hati, seperti hati orang-orang yang bertaqwa
kurniakan aku hati suci, sesuci cinta MU Allah
biarpun lemahnya iman dan amal ku
namun aku tidak mahu berhenti berharap
pada sebuah perjuangan
pada sebuah kelelahan
kerana aku mengharap
pada sebuah peribadi
seperti akhlak Nabi.





09.Ramadhan.1430 hijrah,30.ogos.2009.
BlokB2,Kolej Pendeta Za'ba,UKM,Bangi.


2 comments:

Insan yg menyesali.. said...

kerna itu perlulah kita jadikan org2 soleh, org2 beriman sbgai bandingan diri kita..dengan itu, kita akan rasa betapa jauhnya kita dgn mereka.. masih bnyk yg plu kita perbaiki dalam mncri dan mndpt redha NYA..
tapi jika kita melihat org2 yg melakukan kemungkaran sbgai bandingan..nescaya kita akn brtmbah alpa krna merasakan kita lebih baik drpd mereka..

ibnu abas said...

Sheikh Ibn Qayyim Al-Jauziyah r.h.l. berkata:

"Sesungguhnya, kefaqiran itu ada dua:

Pertama:
Kefaqiran Tanpa Pilihan. Iaitu, kefaqiran yang am, yang merangkumi orang-orang mulia dan fasiq. Ia tidak membawa kepada sebarang pujian atau celaan, tidak membawa kepada ganjaran mahupun siksaan, kerana ia merupakan suatu kefaqiran kepada Allah s.w.t. yang lazim bagi makhluk yang bersifat lemah.

Setiap makhluk pada hakikatnya lemah dan memerlukan Allah s.w.t. untuk terus hidup di dunia ini.

Kedua: Kefaqiran Pilihan.
Ia merupakan natijah bagi dua faktor iaitu: faktor MakrfatuLlah (mengenal Allah) dan makrifatun Nafs (mengenal diri)."