Rindu
Bagaikan salju
Sejuk nan membeku
Keras nan membatu
Kaku dalam ruang waktu
Bilakah kan bertemu?
Nur menerangi
Bagai mentari pagi
Waktu tak lagi kaku
Ais mencair laju
Tak lagi beku
Rindu pun bertamu
Bumi dibasahi
Mawar, merah kembali
Dedaunan hijau lagi
Alunan zikir tiada henti
Bagai kesturi
Harumnya mewangi
Seharum kasih Ilahi
Seharum bau syurgawi
Taman rindu dalam hati
Rindu berbaur cinta ilahi.
ya Allah, berilah aku mencintaiMU, seperti mana Engkau mencintaiku
dan berilah aku merinduiMU, seperti mana Engkau merinduiku
hadirkanlah taman rindu dalam hatiku
seperti mana Engkau menciptakan taman-taman syurga bersama hadirnya
cintaMu.
Khadijah Abd Latip
Siap pada : 09.Ogos.2009, 1:23 p.m.
Kolej Pendeta Za’ba, UKM, Bangi.
Siap pada : 09.Ogos.2009, 1:23 p.m.
Kolej Pendeta Za’ba, UKM, Bangi.
2 comments:
Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...
asmkm...penulis mmg b,bakat..ckup puitis..semoga tulisan2 anti memberi manfaat pd orang lain..ana kagum..
Post a Comment