Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, February 28, 2010

Cinta dia pada memberi~

i'm walking in my memories with you
the tears fill even the deepest area of my heart
what should i do?
even in my dreams, i miss you

Cinta itu adalah memberi. Begitu yang saya pelajari dari dia. Dia tak pernah jemu memberi, sehingga akhir hayatnya dia masih memberi. Kerana cinta itu, dia tidak mengharapkan balasan dari anak-anaknya, walaupun hatinya sering dilukai. Pada wajahnya, saya melihat satu jiwa yang lembut. Pada dirinya juga, saya pelajari kemurahan hati. Dan kemurahan hati itu adalah pada akhlaknya yang tinggi. Pada sesiapa yang datang, tiada hampa mereka pada bantuannya, hatta pada si penipu, dia masih bersikap bermurah hati. Alangkah.. dan dia berkata, bahawa tidak rugi berbuat baik pada siapa pun, kerana Allah akan membalasnya.

Cinta itu adalah memberi. Sama seperti dia. Saat hati merasa letih untuk memberi, terlintas pada memori cinta dia. Dan hati kembali menjadi lembut. dan cinta dia walaupun tak sama dengan Cinta DIA, tetapi masih ada persamaan, iaitu memberi. Pada ketika kita alpa sekalipun DIA masih memberi, DIA memberi ketika kita derhaka, apakah DIA akan meninggalkan kita tatkala kita beriman.

Ya, cinta itu adalah memberi. Perit tatkala asyik kita sahaja yang memberi, tetapi balasannya tiada. Ah, persetankan semuanya, kerana bahagia memberi itu lebih indah, lebih indah dari menerima.

Saya teringat cinta dia lagi. cinta yang dahulu saya pandang sepi, saya pandang sebagai tanggung jawabnya, namun tika dia tiada, saya mulai mengerti bahawa itu adalah cinta, dan saat saya sudah menyedarinya saya kehilangan cintanya. Saya rindu pada saat dia merindukan saya, saya rindu pada saat dia membahagiakan saya. Pada titis air matanya yang mudah mengalir kerana kerenah saya. Pada hatinya yang sering memendam rasa kerana saya. Pada doanya saban hari untuk saya. Dan hari ini, dia tinggalkan saya dalam sayup kenangannya...memberilah...

memberilah walaupun dirimu disakiti..kerana memberi itu mengajar hati erti keikhlasan.Dan saya berharap saya mewarisi cintanya. Cintanya pada memberi..
Ya, Allah, izinkanlah saya untuk memberi sehingga akhir hayat saya sama seperti dia..

9 comments:

Faridrashidi said...

Pada realitinya, kita melihat cinta itu adalah memberi. Namun harus diingat, kita adalah manusia. Manusia yang punya segala macam kelemahan.

Dan kerana itu kita ada Allah, kita ada RasulNya, kita ada sesuatu untuk menyedarkan kita. Sesuatu untuk menyedarkan kita itu adalah diberi dan ternyata kita menerimanya.

Memberi dan menerima lumrah manusia. Hanya Allah SWT berhak memegang status MAHA MEMBERI tanpa sedikitpun meminta pertolongan hambaNYA.

Khadijah A.L said...

terima kasih ustaz kerana menyedarkan saya..

ya, memang Allah taala sahaja yg layak memegang status Maha Memberi, tapi sebagai makhluk, bukankah kita perlu meminjam sifatnya yang Maha Memberi, cuma kita tidak boleh mengambil atau meminjam Maha tersebut.Seperti ALLAH taala bersifat Maha Pemurah dan Maha penyayang, bukankah kita juga perlu bersifat pemurah dan penyayang kepada semua manusia..

Kerana sifatNya yang Maha Memberi, menginspirasikan kita untuk memberi. Memang kita perlu mengharapkan balasan, kerana itu sifat kita, tetapi sebaik-baik balasan adalah balasan dari Allah, bukan berharap pada balasan manusia, kerana ia tidak ke mana. Jadi, bersama sifat dan cinta kita pada memberi, bukankah ia mengajar erti keikhlasan dengan hanya berharap pada balasan Allah Taala..

Jadi..harapan untuk memberi adalah harapan untuk mendapatkan redha Allah semata-mata, harapan untuk mendidik hati ini..Apakah ia salah?

Dan pada sifat memberi ini, secara tak sedar, kita akan sedar betapa selama ini Allah taala Maha Pemurah dan Maha Penyayang dengan sifat memberiNYA..

itulah yang saya maksudkan..

maafkan saya jika saya salah dan tegurlah saya..saya sedia menerimanya..

Khadijah A.L said...

memberi dalam erti kata ikram muslimin..semoga menjadi asbab hidayah kepada hati kita dan orang lain..

dan semoga ia melembutkan jiwa yang keras, itulah harapan saya pada Allah, supaya meminjamkan saya sifat memberi..

Khadijah A.L said...

Tentang dia, saya tahu bukan dia tidak mengharapkan balasan, tetapi saya melihat dia berusaha mendidik jiwanya supaya tidak mengharapkan balasan, Ketika akhir hayatnya dia berkata pada saya bahawa dia berharap dia pergi dahulu tanpa sakit melarat kerana dia tidak mahu berharap pada anak-anaknya untuk menjaganya ketika sakit..

Dan pada kenangannya, saya belajar erti cinta pada memberi..

Faridrashidi said...

Tidak ada salahnya wahai ukhti.

Saya mahu tanya, ada tak pernah suatu ketika saudari merasakan bahawa inginkan pertolongan dari sesiapa dalam hidup ini?

Perlu faham, sesiapa dalam konteks ini ialah wasilah dari Allah. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW diutuskan adalah wasilah kita menerima kebenaran dari Allah. Siapa kita tanpa hadirnya Rasulullah.

P/S: Kisah saudari saya tak faham siapa 'dia' itu.

Khadijah A.L said...

terima kasih ustaz atas teguran dan nasihatnya..

memang benar, kita berharap pada Allah, dan Allah menghantar makhluknya sebagai wasilah dan asbab.

'dia' itu adalah arwah ayahanda saya. Saya menulis tika terlalu rindu pada dia, ketika saya cuba mengurai satu persatu memori ttg dia..jadi tidak dapat menjadi terlalu sempurna kerana saya seorang yg lemah.

Faridrashidi said...

Oh, kasihan sekali kisahnya.

Sabar ya.. moga Allah memberikan anda kesabaran. Jangan bersedih lagi. Sabar.

Maafkan saya jika ianya begitu mengguris hati.

ct said...

tsentuh sgt baca post ni..n awal2 lg sy tau awk bcerita mgenai siapa..

Khadijah A.L said...

terima kasih ct..sy juga terharu krn awk memahami sy bercerita mengenai siapa =)