Pagi ini, tiba-tiba wajah arwah ayah mengisi laman mimpi. Wajahnya kelat dan tidak mahu peduli padaku. Hati menangis menyedari keterlanjuran diri. "Biarlah orang menyakiti hati kita, tetapi kita jangan menyakiti hati orang lain"pesan dia dalam lembaran sejarah. Sesekali hati disakiti dan dikhianati lumrah kehidupan. Dendam yang melumuri akan membawa kepada kebinasaan. Wahai hati, belajarlah untuk memaafi walaupun berjuta-juta kudrat yang akan diperlukan. Sungguh, ketika amarah ini cuba diuraikan ada rasa sakit yang mengalir bersama air mata sambil pelbagai persoalan cuba dihuraikan 'tidakkah engkau merasa apa yang kurasa?'. Biarpun begitu, hati berkali-kali mengucap kata maaf kerana bibir terlanjur memarahi walaupun yang dilukai adalah hati ini. Sembuhlah wahai hati, semoga dihadapan mu terbentang 1001 hikmah yang akan membawa kebahagiaan abadi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment