kerna itu, jiwanya selalu berbolak balik
maafkan saja sifatnya yang lemah itu
dan semoga jiwa yang bertatih itu,
masih berdiri diatas jalan TuhanNya
walau tak selancar dulu, namun lebih tulus.
mungkin, jiwa itu perlu menoleh seketika ke belakang
hanya seketika, dan terus maju ke hadapan.
harapan kini, hanya untuk masa hadapan
bukan pada kenangan yang membeku.
Biar, jalan berliku kan ditempuhi
asalkan, Tuhan masih mahu memandangku.
Luka-luka di jalanan yang berliku, pasti kan sembuh jua suatu hari nanti
Dan jiwa pun berharap bibir kan mengukir senyum anggun
atas sebuah kesabaran.
..........................
Selamat tinggal kesakitan, semoga esok ada hari baru untukmu
Tuhanku,
pintaku hanya satu,
aku hanya mahu bahagia di dunia dan akhirat.
Tuhanku,
pintaku hanya satu,
aku hanya mahu bahagia di dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment