Abg Long saat ketemu saya tak pernah lupa akan janjinya ingin bermain lawan-lawan. Petang yang cantik, saya mengajak abang long dan sepupu-sepupunya bermain lawan-lawan dipadang bertemankan camera telefon sony ericsson dan saya menjadi juru gambarnya. Sudah besar panjang, tapi masih kebudak-budakan.Huh!. Tetapi, saya merasakan kanak-kanak, apabila keakraban tidak memilih siapa mereka, mereka lebih mudah dilentur. Benarkah begitu atau hanya sekadar perasaan saya sahaja?
Monday, May 17, 2010
Thursday, May 13, 2010
Pilihlah aku~
Wednesday, May 12, 2010
kerna aku kepunyaanNYA~

Hati ini
ketika kau remukkan
ku kata kan tak mengapa
kerana esok masih ada
untuk aku berjanji
dengan ubat-ubatan ku baluti
supaya segera sembuh
dan ku tiup dendam supaya menjauh
Hati ini
ketika kau remukkan
ku kata kan tak mengapa
bukan kerna ku tak punya amarah
tetapi kerna ku punya Allah
dan aku kepunyaan Allah
DIA suruh aku sabar dengan mehnah
DIA janji semuanya pasti punya hikmah
Kerna aku kepunyaanNYA
tiada yang DIA tidak punya
tiada yang aku punya
selain dari DIA punya
lalu semuanya kembali padaNYA
DIA pesan sayang semua
jadi aku ingin sayang semua
bisakah begitu?
........
more care, less hate
-helen campbell-
.........
ya Allah,
jadikanlah kami orang-orang yang berjiwa lembut dan pemaaf.
Tiba-tiba teringat cerita pensil, sungguh menusuk kalbu.
Tuesday, May 11, 2010
Engkau lelaki yang lembut~
Sunday, May 9, 2010
Selamat Hari Bonda Ummi~

Tiada kata mahupun sebaris lagu yang dapat ku gambarkan akan kasih dan sayangmu ummi. Terima kasih kerana telah melahirkanku ke dunia ini dan terima kasih atas segunung pengorbanan dan cintamu yang tak terhingga..Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya..Selamat hari bonda ummiku Pn.Ramlah bt Musa
Friday, May 7, 2010
Sembuhlah wahai hati~

Pagi ini, tiba-tiba wajah arwah ayah mengisi laman mimpi. Wajahnya kelat dan tidak mahu peduli padaku. Hati menangis menyedari keterlanjuran diri. "Biarlah orang menyakiti hati kita, tetapi kita jangan menyakiti hati orang lain"pesan dia dalam lembaran sejarah. Sesekali hati disakiti dan dikhianati lumrah kehidupan. Dendam yang melumuri akan membawa kepada kebinasaan. Wahai hati, belajarlah untuk memaafi walaupun berjuta-juta kudrat yang akan diperlukan. Sungguh, ketika amarah ini cuba diuraikan ada rasa sakit yang mengalir bersama air mata sambil pelbagai persoalan cuba dihuraikan 'tidakkah engkau merasa apa yang kurasa?'. Biarpun begitu, hati berkali-kali mengucap kata maaf kerana bibir terlanjur memarahi walaupun yang dilukai adalah hati ini. Sembuhlah wahai hati, semoga dihadapan mu terbentang 1001 hikmah yang akan membawa kebahagiaan abadi...
Thursday, April 29, 2010
Reading Room~

Jatuh cinta dengan filem ini, sejak pertama kali menontonnya di Astro Hallmark Channel. sangat menyentuh hati saya sehingga hati berbisik kalaulah lelaki tua itu seorang Islam atau kalaulah ada seorang hartawan Islam seperti dalam cerita ini, sudah tentu banyak sekali pahalanya. Sangat bercita-cita untuk memiliki sebuah perpustakaan di rumah sendiri.
Tuesday, April 20, 2010
Kerana kita berbeza..

Kadangkala, perasaan disangka fikiran dan fikiran disangka perasaan. Tak mungkin aku akan masih berpegang pada sesuatu itu jika terang lagi bersuluh ku tahu ia salah. Mungkin saja aku belum bertemu dengan kebenaran seperti yang dikau jumpai. Mungkin juga cara aku faham berbeza dengan kamu, tetapi bukankah aku masih menghormati pendapatmu kerana itu adalah cara faham kamu. Mestikah kita menyatukan semuanya jadi satu?. Mungkin bagi sesetengah yang dikau sangkakan fikiranku adalah perasaanku, bukan fikiranku. Ah, mungkin juga aku terlalu mengikut perasaanku. Fahamkah dikau tentangku sedangkan aku sendiri tidak memahami diriku. Terima kasih kerana masih peduli tentangku...
Sunday, April 18, 2010
like a star in my heart~
Thursday, April 15, 2010
Ombak mujahadah

ombak menari-nari
badai melampias hati
langit tersenyum tiada peduli
merintik air mata menghujani hati
basah lidah menggumam mujahadah
dalam tartil bacaan indah
ayat-ayat cinta Allah
bersama cinta dalam doa
............
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(2:216)
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)