masih terbayang senyumnya
masih terbayang tawanya
Ummi berkompromi dengan saya dan kakak untuk mengenakan si adik yang lewat usianya sudah punya banyak pacar. Suasana sungguh meriah, antara ummi dan anak-anak perempuannya yang sudah semakin dewasa.
Saya terkesima, dalam senyum dan tawa bersama mengusik sang adik, saya melihat tawa ummi yang sangat ramah. Ah, hati ini berdetik, kenapa tawa itu sangat berbeza, adakah kerana saya yang sudah lama tidak melihatnya atau kerana ummi yang semakin berbeza.
Tatkala itu, hati ini berdetik meminta, jika Tuhan izinkan biarkan saya dapat melihat senyum dan tawanya lagi seperti itu, dan biarkan saat-saat bahagia itu berulang lagi kerana untuk meminta diberhentikan masa, mana mungkin itu akan terjadi. Hati berdetik meminta lagi, Tuhan, jika diizinkan ambil saya dahulu sebelum dia.
Usai kakak selesaikan maghribnya, dan saya sedang bersiap untuk pulang ke kampus, kakak mula membuka cerita, ummi rasa terharu bila setiap kali pulang dari berpenat lelahnya, makanan untuk berbuka sudah terhidang di meja. Begitu yang berlaku setiap kali datangnya ramadhan, sejak kami dewasa. Jika tahun-tahun sebelumnya kakak tiada, saya yang menjadi tukang masaknya, dan jika saya tiada, giliran adik pula mengambil tempat saya, dan tahun ini adalah giliran kakak. Ummi rasa sangat bersyukur, air matanya hampir menitis di hadapan sahabat baiknya yang juga akrab bersama kami. Saya yang mendengar cerita rasa terharu dan sempat mengusik kakak,
"Kalau begitu, lahirkanlah anak perempuan banyak-banyak", dan diapun mulai ketawa.........
"jah, orang tua ni lain, semakin tua semakin sensitif dan cepat terasa, hati tu mudah sangat tersentuh" Saya jadi terus teringat pada kata-kata ummi.
Ya, ummi semakin berbeza, semakin penyabar dan mudah tersentuh hatinya, mudah sekali menitiskan air mata. Maafkan saya ummi, kerana masih tak berhasil untuk jadi anak ummi dan ayah yang solehah.
Ayahanda dan bonda ku,
aku mengaku mencintai mu
namun engkau lebih dulu mencintai ku
aku menyayangi mu
engkau lebih menyayangi ku
aku mengasihi mu
engkau lebih mengasihi ku
aku merindukan mu
engkau lebih merindui ku
aku menyebut nama mu dalam setiap doa ku
dalam setiap helaan nafasmu ada doa untuk ku
engkau menyayangiku
sebelum adanya aku
engkau mencintaiku
sebelum adanya aku
bagai air yang mengalir
engkau tidak pernah jemu
bagai mentari
engkau terus memberi
maaf mu sentiasa di sisi
kasih mu sentiasa di hati
ayahanda dan bonda ku
maafkan aku.
Sebelum pulang, saya memberikan kucupan yang saya harap bukan untuk yang terakhir kali, "ummi, terima kasih kerana menyokong ijah". Saya benar-benar memaksudkan ucapan tersebut kepada ummi dan bukan untuk memerli adik kerana kekalahannya mempertahankan diri......
6 comments:
salam..em hargai ibu dan bapa kita selagi mereka masih ada..sy kadg pelik tgk anak2x sekrg..em belajar tinggi2x..tp abaikan ibubapa sampai letak ibubapa kat umah org tua..em biarkan ibubapa kat tepi jalan..em macm2x..em mg kte semua tidak tergolong dalam kalangan itu ya..salam ukhwah..
salam ziarah. bgus penulisan yg bermanafaat. belajar sastera ek?
salam Tulip Putih,
Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam
Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya
p/s: nak duit raya makcik Putih ..
pinta anak-anakku ..hehe
to Nurul Hidayani bt Ahmad:
Ameen, smg kte semua tidak tergolong dalam kalangan itu. Perlu banyak2 berdoa pada Allah dik. Salam ukhuwah juga utkmu.
to Mohamadazhan hjDesa:
Wsalam ziarahnya...Errr...ambil juga, cuma bukan subjek major, tapi subjek luar fakulti. Hanya untuk menambah ilmu atas desakan minat yang tak terbendung. Selebihnya saya menulis dr hati.. = D
to Abuyon:
Erkk..Abuyon bahasanya terlalu tinggi, sukar saya menggapainya. Bt pengetahuan Abuyon, makcik putih masih belajar lagi la. Duit pun masih minta pada ayahanda dan bunda masakan bisa beri duit raya. Apapun selamat Hari raya untuk Abuyon sekeluarga dan sampaikan salam saya pada anak-anak abuyon ya..
Salam ramadhan yg sudah meniti ke penghujung & slmt m'yambut aidilfitri yg bakal menjengah sedikit masa lg..
salam..insyaallah kak tulip putih..hehe..salam aidilfitri kak..mintak maaf salah silap..salam alaik..
Post a Comment