Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 20, 2009

E-mail dari Melbourne...


Tarikh:
Thu, 11 Dec 2008 12:17:34 -0800 (PST)
Daripada:
"Bonda Zanjabil"
bonda.zanjabil@yahoo.com



Subjek:
Salam Aidil Adha
Kepada:


Sekarang berada di Spring Valley, south eastern of Melbourne, di rmh Pak Yuli asal Jakarta. Jam 6:53pg. Sini summer time, siang panjang malam pendek. Subuh jam 3:58pg, Zuhur 1:35 ptg, Asr 5:17ptg, Mgrb 8:47 mlm, Isyk 10:35mlm. Suhu & cuaca di Melbourne tak menentu, kejap panas, kejap sejuk ( tp sejuknyanya lebih lah) siang 20~24 darjah C, subuh 12~18 darjah C, smoga my Artritis jd asbab hdyat. Sekarang kami di rmh yg ke9. Kami cam gi round Asia in Australia, Rmh pertama Msia, rmh k2 BnglaDesh, k3 Indonesia, k4 SriLnka, k5 India, k6 Pkstan, k7 African Egypt, k8 Fijian Aussie, k9 Indonesia. Sini budaya berbeza tp dlm 1 wadah yaitu Islam & buat Tabligh, sgt Unik. Kami akan berada diMelbourne hgga rabu depan, 16/12/08 bergkat keSydney. Org di Mlbn ni sgt bagus nusrahnya. Nnt blk cerita, skrg nk pen off sb mata dh tak larat nk buka., yg lain dari jam 5:15 lps pgrm lps subuh dh mimpi...assalamualaikum.






Surat elektrik dari Melbourne ini, saya terima pada hari raya Aidiladha yang lepas, tetapi baru di buka seminggu selepas semester baru bermula kerana tiada internet di rumah. Saya kagum dengan semangat mereka, mereka berusaha untuk menjalankan nusrah agama, bila mana mereka tidak terpilih untuk ikut serta dalam usaha dakwah ini, satu kerugian bagi mereka . Sedangkan saya...??? saya sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti saya juga dapat mengikuti jejak mereka..



Mungkin ada yang akan bertanya kepada saya adakah saya ini tabligh..???



Ya, saya memang tabligh, kita semua adalah tabligh. Tabligh adalah salah satu dari sifat Rasulullah s.a.w. Berasal dari bahasa arab tabligh membawa maksud menyampaikan. Malahan terdapat banyak ayat di dalam al-quran yang menyebut tentang tabligh.Menjadi satu tanggung jawab kepada kita yang mengaku sebagai seorang muslim dan umat nabi untuk menyampaikan.Sampaikanlah walau satu ayat sekalipun...



Mungkin juga ada yang berkata "ah, ilmu aku tak tinggi mana" atau "siapalah aku ini, tak layak untuk menyampaikan"

atau ada juga yang akan berkata "pak ustaz kan ada..."



Tiada manusia yang dilahirkan sempurna kecuali Nabi kita Muhammad s.a.w. yang maksum. Sebenarnya jemaah tabligh bukan hanya keluar untuk berdakwah semata-mata tetapi mereka juga keluar sambil mendalami ilmu. Sebenarnya ramai yang tidak tahu dalam kalangan jamaah tabligh sendiri terdapat ramai hafiz dan hafizah serta alim dan alimah yang mendalami ilmu agama lebih dari pelajar-pelajar di Universiti....



Tabligh..



Bila mendengar perkataan ini, saya yakin sahabat-sahabat pasti punya pandangan sendiri. Mungkin ada yang terbayang sekumpulan manusia yang lelakinya berjubah putih dan berserban, manakala kaum wanitanya pula berpurdah dan berpakaian serba hitam, mengetuk pintu dari satu rumah ke satu rumah.Dan lagi.., ada juga yang mungkin menganggap bahawa tabligh ni sama macam persatuan atau badan-badan NGO lain atau ada juga yang mungkin menganggap bahawa tabligh ni menolak politik dan bermacam-macam lagi perspektif yang positif mahupun negatif.Saya pernah bertanya banyak pendapat tentang tabligh kepada kenalan-kenalan saya, jawapannya ada yang positif dan ada yang negatif. Tidaklah perlu untuk saya nyatakan apa pandangan mereka tentang hal ini, kerana saya juga yakin yang sahabat-sahabat juga punya pandangan yang sama seperti mereka.



Kenapa mempersoalkan???



Kenapa mempersoalkan siapa mereka??, Apa yang mereka lakukan??, Adakah betul tindakan mereka?. Tetapi kenapa kita tidak mempersoalkan kepada diri kita sendiri 'apa yang aku lakukan selama ini untuk islam?', 'Dimanakah tenaga, dan harta telah aku sumbangkan?', 'kemanakah perginya ilmu yang selama ini aku pelajari?', 'sejauh mana aku beramal dan ikuti sunnah nabi?'.



Kenali dahulu mereka..



Sepanjang mengenali mereka, tiada ajaran sesat, mahupun sesuatu yang bercanggah dengan islam yang saya jumpa .Malahan saya amat tersentuh hati melihat keikhlasan hati mereka. Subhanallah, dakwah yang mereka lakukan ikhlas kerana ALLAH taala, mereka tidak merebut nama, mahupun sanjungan masyarakat, apa lagi kerana mahukan harta atau dunia, sedangkan mereka ini bukan sahaja terdiri dari orang awam, tetapi juga dari kalangan pelajar-pelajar, mahasiswa-mahasiswa, golongan-golongan profesional, ustaz, para huffaz dan orang-orang kenamaan. Tawakal mereka tinggi kepada ALLAH taala.Anak bini yang mereka tinggalkan selama menjalankan kerja-kerja dakwah, mereka serahkan kepada ALLAH taala, dan masyaALLAH, ALLAH telah menjaga mereka dan memberi kefahaman kepada mereka. Jika kita mempersoalkan tindakan mereka kerana meninggalkan keluarga dalam tempoh masa yang lama, cuba kita menelusuri kembali sejarah kegemilangan islam, yang mana para pejuang islam terdahulu juga melakukan hal yang sama dan meletakkan tawakal mereka yang tinggi kepada ALLAH taala. Jika kita masih hendak mencari alasan untuk berhujah, cubalah renungi maksud firman ALLAH taala ini:




"Katakanlah:. "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah
tempat tinggal yang kamu sukai, adalah kamu cintai lebih dari Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad
di jalannya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang fasik". At-Taubah: 24




dan juga ayat ini..;


"Barangsiapa yang inginkan keuntungan di akhirat, akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang
siapa yang mahukan keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan
tidak ada baginya satu bahagian pun di akhirat." As-Syuura: 20


serta ayat ini..



"hai orang-orang yang telah beriman!, kalau kamu membantu ALLAH barulah ALLAH akan membantu kamu dan menjadikan kaki-kakimu tegak (terhadap musuh kamu)." Muhammad, 47:7





Saya berani untuk menulis tentang hal ini, kerana saya pernah merasai dan hidup bersama mereka. Bukan juga saya menulis hal ini kerana darah yang mengalir dalam diri saya sama dengan darah mereka, tetapi atas rasa tanggung jawab untuk membuka mata mereka yang memandang sinis pada jamaah tabligh.



Subhanallah, sepanjang mengenali mereka, saya merasa seperti hidup di zaman Rasulullah s.a.w. Jika baginda masih hidup, pasti senyuman yang akan terukir di bibir baginda. Bukan saya terlalu memuji tetapi itulah yang saya lihat dan saya alami. Dari sekecil-kecil sunnah sehinggalah kepada yang paling besar, mereka sangat menjaganya. Dari saat bangun dari tidur sehinggalah kembali memejamkan mata, islam adalah cara hidup mereka. Solat 5 waktu mereka pelihara dan tepati waktunya, yang lelaki akan menunaikan solat di Masjid pada setiap waktu dan kaum wanitanya pula akan solat di rumah. Di sepertiga malam pula, qiamulail dilakukan secara berjemaah antara suami isteri. Indahnya Iman (astro oasis )... Ilmu yang mereka perolehi walaupun sedikit mereka akan terus beramal dengannya.. tepuk dada tanyalah iman kita, sejauh mana pencapaian kita hari ini??





Keliru..??? Jangan keliru!.



Mungkin ada sahabat-sahabat yang sedikit keliru.Tabligh bukanlah satu anutan atau pegangan mana-mana mazhab dan tidak juga percampuran mazhab-mazhab yang ada. Tetapi tabligh disebarkan dan menjadi nusrah agama di merata negara di dunia sama ada di asia mahupun eropah yang mana terdapatnya orang-orang islam di sana. Bukan semua umat islam bermazhab dengan mazhab Syafie, dan bukan semua umat islam bermazhab dengan mazhab Hanafi, begitu juga halnya dengan mazhab Hanbali dan Maliki , ringkasnya di sini semua mazhab ini melakukan tabligh, yang mana perbezaan budaya, bahasa, adat resam apatah lagi mazhab tidak dapat menjadi penghalang kepada mereka, kerana mereka punya satu wadah iaitu Islam dan buat Tabligh.Jika ada pula yang mempersoalkan akan kitab Fadhail amal yang digunakan, saya cuma boleh menasihatkan supaya kajilah dahulu kitab itu, 'dont judge a book by its cover', kerana kitab tersebut telah berulang-ulang kali dikaji dan diperhalusi..



Kerana nila setitik habis susu sebelanga..



Jangan salahkan susu sebelanga jika apa yang anda jumpa dan temui tak sama seperti apa yang saya khabarkan, kerana seperti apa yang saya katakan tadi bahawa tiada manusia yang sempurna, kecuali baginda Rasulullah s.a.w.Nilailah dengan mata hati, bukan dengan emosi. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi dalam menempuhi hidup ini ,terlalu banyak persimpangan yang perlu dilalui, kadang-kadang tersadung akar kayu, terpijak duri di tengah jalan, kita sangkakan panas sepanjang hari tapi tiba-tiba hujan pula yang turun di siang hari, tetapi disebalik hujan yang turun itu ada hikmah yang tersendiri, nikmat yang diberi pada manusia agar bumi tidak kering kontang dan manusia dapat pula menggunakan air itu. Selepas hujan reda pasti ada pelangi yang menerangi, indahnya warna-warni pelangi seindah musim-musim iman yang mewarnai..



Akhirul kalam dari insan faqir, semoga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa saya dan semoga ALLAH melindungi saya dari sebarang kebatilan dan kesalahan yang tidak sengaja saya lakukan. Biar apa pun jalan dakwah yang sahabat-sahabat tempuhi, kita semua adalah sama iaitu Islam sebagai penunjangnya dan ALLAH dan Rasul lah matlamatnya. Kita hanya menilai dan memilih, bukan menghukum..



Teringat pesan makcik (bonda zanjabil) kepada saya;



"ijah, kita tak mampu untuk beri hidayah kepada sesiapa pun yang kita kehendaki, kerana hidayah itu milik ALLAH, kita hanya boleh berdoa supaya ALLAH beri hidayah dan kefahaman kepada mereka"



"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada seorang yang kamu kasihi, tetapi Allah
memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya". Al-Qasas: 56

Wallahua'lam...........