Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, September 17, 2010

Salam Aidilfitri~

Sudah lama tidak menulis, serba salah rasanya terhadap blog kesayanganku ini. owh..ya, selamat hari raya walaupun dah masuk syawal yang ke 09. saya mohon ampun dan maaf pada sesiapa sahaja yg mengenali diri ini. Sesungguhnya saya hanyalah insan biasa yg penuh dgn salah dan silap.

Raya tahun ini ada sesuatu yang kurang. Raya pertama tanpa ayah di sisi. Sangat-sangat rindukannya. Ayah yang penyabar, tak kedekut menghadiahkan pujian untuk masakan saya. Semoga ayah ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh dan solehah dan para kekasihNYA.

Hari raya tahun ini juga, Allah, mempertemukan kembali saya dengan teman-teman yang sudah lama tidak ketemu. Kalut, dan terkejut dengan kehadiran mereka walaupun dah diberitahu lebih awal. minta maaf zahir batin teman-teman..

Raya tahun ini juga, menjadi sejarah kepada sahabatku fatimah yang baru bergelar isteri orang pada 3 syawal yg lalu. Barakallahulakuma. Dan tahniah juga kepada sahabatku nooraziela diatas pertunanganmu pd syawal ke 5 ..

~wallahualam~