Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 26, 2009

Impianku..~ ~

Satu hari kalau tak update blog rase cam tak best.Hari ni dan lepas ni sibuk sikit nak siapkan assignment, jadi nak post baru yang ringkas jer, tentang gambar ni. Gambar yang bukan sebarang gambar kartun tapi tentang sebuah impian, usrati saidah~ impianku. Kalau cerita dengan sahabat2 tentang cita2 rasa malu jg, sbb depa semua punya cita2 tinggi~ nak jadi cikgu,pensyarah, bisness women, arkitek macam2 lg..tapi saya???.Begitu juga bila setiap kali pegi program bila isi borang biodata diri bila sampai nak isi cita2 termenung sat..saya nak jadi apa yer?? sedaya upaya perah otak, cuba juga paksa diri nak punya cita2 macam orang lain, tapi tak nampak cahaya di hujung terowong..huhu. walaupun di takdirkan masuk Universiti tapi tak pernah aim nak kerja apa. Apa yang ada dalam fikiran tentang cita-cita adalah impian nak jadi seorang wanita solehah, anak yang solehah, isteri solehah dan yang paling penting nak jadi khalifah Allah yang solehah. Emmm cita-cita ni saya rasa lagi susah nak capai, perlukan usaha yang kuat dan berterusan. Doakan saya ye sahabat-sahabat.Apa pun biar Allah yang pilihkan untuk saya..~ InsyaAllah .Semoga impian menjadi kenyataan..

Wallahua'lam..