ku uraikan benang-benang cinta itu
satu persatu ku lepaskan ke gigi air
berharap ombakkan membawanya pergi
pergi jauh..saujana mata hati
jangan pernah kembali
aku menjerit berat hati
akupun jadi perindu
penunggu laut yang setia
biar bulan berganti dengan matahari
hujan turun tak henti-henti
kemarau pun berganti
aku tak mahu pergi..
setiap kali ombak datang menjengah
kutanyakan perkhabarannya
kemanakah cinta telah melabuhkan sauhnya
dan setiap kali itu juga ku kecewa..
tiadalah ombak tahu kemana menghilangnya
ku tunggu nelayan pulang senja
tiadalah ku mahu ikannya melainkan cinta juga yang kutanya
nelayan juga sama
tiadalah tahu kemana cinta perginya
ku kirimkan ombak dan nelayan sehelai warkah
yang ku tulis dengan air mata
ku cerita derita kehilangannya
betapa aku merinduinya
betapa aku menyesal melepaskannya
betapa aku berharap kan kepulangannya..
aku pun jadi perindu lagi
penunggu laut yang setia
menunggu perkhabaran tentang cinta
Khadijah.Tuesday.Oct 13,2009..Kolej Pendeta Za'ba.UKM,Bangi.
Seindah kuntuman raihan. Assignment utk Dr.Mawar Shafei.
p/s: puisi ini telh diedit olh sy stlh dimskkn kedlm cerpen .harap maaf.