Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 22, 2012


USIAMU menghampiri sunti dara
Mengibarkan rasa di selendang sutera
Menyembunyikan malu di bilik terkunci
Diselubungi rindu lagu dan tari
Seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah kerana itulah mimpi.

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
Terasing di cermin kenyataan
Kehidupan yang ganas dan kejam.

Sunti daraku,
Jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah
Yang kini kubenci sebab begitu lemah
Selamanya mimpiku hidup ini serba indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakku
Kau membunuh segala palsu
Lagu dan rindu
Yang selalu menipumu

Dapatkan keberanian hidup baru
Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

-Usman Awang (1984)-

........................

Selamat Ulang Tahun yang ke 25 buat,
Khadijah Abdul Latip
22.Disember.1987