Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 28, 2009

Pada setitis peluh ada cinta~


Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh `Abbas al-'Aqad di dalam `Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh `Aisyah radhiyallaahu `anha. Syair berkenaan dipelajari oleh `Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu `anhu.


"Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu `alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu `Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.


Lalu Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam bertanya, "Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?"


`Aisyah menjawab, "Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya."

Baginda bertanya lagi, "apakah yang dia katakan?"

`Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

syair-abu-kabir


Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar


Baginda Rasulullah sallallaahu tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi `Aisyah dan berkata, "kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!" [Lihat juga Rahmat-ul-lil- Aalameen: jilid 2, ms. 153]


sumber:email dr saifulislam.com