Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 30, 2008

Tahajudku

firman Allah swt :

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)



Tahajudku,
Tatkala malam tiba
Kita bercanda mesra
Mengungkap kata-kata
Meluahkan rasa
Ibarat uda dan dara
Yang sedang hangat bercinta

Tahajudku
Ketika bersamamu
Malam begitu cemburu
Ingin cepat ia berlalu
Katanya matahari sudah menunggu
Dia tak mampu membantu
Hatiku jadi sayu
Mengapa selalu begitu
Aku takut esok bukan lagi untukku

Tahajudku
Tatkala rindu pada tuhan yang satu
Engkau selalu berseru
Jangan tinggalkan daku
Perbaikilah diriku
Nescaya engkau akan merasa tuhan selalu di sisimu

Tahajudku
Tatkala aku alpa
Lena dibuai alunan mimpi
Engkau menjagakanku
Mengetuk mimpiku
Bicaramu sayu
aku rindu kamu
Aku berjanji akan selalu menjagamu

Tahajudku
Tatkala aku terleka
Bermanja dan bermesra bersama indahnya fatamorgana
Engkau menangis hiba
Monologmu bermaharaja lela
Mengharapkanku bersama
Menelusuri malam yang gelap gelita
Mencari cinta yang maha esa

Tahajudku
Maafkan aku
Kerana sering membuatmu tertunggu-tunggu
Saban hari aku berjanji
saban malam jua aku memungkiri
Munafikkah aku?

Tahajudku
Kini aku kembali
Menguak pintu
Membenam rindu
Langkahku jadi kaku
Melihat kau tersenyum padaku
Ketika itu aku tahu
Rajukmu sudahpun berlalu

Tahajudku
walau apa
Pun yang berlaku
Jangan biarkan malamku sepi berlalu
tanpa engkau disisiku
Sehingga tiba saat waktu
Maut menjemputku

Tuhanku
Terimalah tahajudku
Bantulah aku memeliharanya
Moga ia menjadi pendampingku
Untuk bersama para kekasihmu..

dijah
27.5.2006.
kisas

Wednesday, October 29, 2008

Thank you for being my friends...


to all my friends..

Thank you for being there when I needed you...

and even when I didn't,


Thank you for being there through the good times...

and the bad,


Thank you for being there to encourage my dreams....

and my crazy ideas,


Thank you for catching me...before I fell down,


Thank you for wiping away the tears...when I was crying,


Thank you for cheering me up...and making me laugh,


Thank you for all the great memories...and the bad,


But most of all... thank you...For being you!



"kenangan yang terindah bukan pada pertemuan setiap masa, bukan juga pada jauh jarak masa bersama, tetapi cukup sekadar doa tulus ikhlas dari seorang sahabat"


dari sahabat buat sahabat:
"aku cintakanmu kerana agama yang ada pada dirimu, jika engkau hilangkannya, hilanglah cintaku padamu"


Tuesday, October 28, 2008

Rindukah dia padaKU...???


Rindukah dia kepadaKu...?

Ada seorang hamba Allah, beliau rajin solat malam dan bermunajat, berkhalwat dengan Al Kholiq. Setiap malam dari kedua matanya yang memerah kerana menangis, mengalir air yang membasahi janggutnya, beliau berbisik-bisik lirih memohon beberapa permintaan dan pengharapan. Dari waktu ke waktu, tahun ke tahun, hingga putih rambutnya tak kunjung jua permintaan beliau dikabulkan oleh Allah.

Setelah puluhan tahun ke depan sejak dia dekat dengan Allah setiap malamnya, tidak juga berubah hidupnya. Sejak puluhan tahun dia mendengar bisikan di atas, tidak juga nampak yang dijanjikanNya. Mulailah timbul pemikiran yang tidak baik dari syaitan. Hingga beliau berkesimpulan, nampaknya Allah tidak meredhai doanya selama ini. Maka pada malam harinya, ia berdoa kepada Allah:

Wahai Allah yang menciptakan malam dan siang, yang dengan mudah menciptakan diriku yang sempurna ini. Kerana Engkau tidak mengabulkan permintaanku hingga saat ini, mulai esok aku tidak akan meminta dan solat lagi kepadamu, aku akan lebih rajin berusaha agar tidaklah harus beralasan bahawa semua bergantung darimu. Maafkan aku selama ini, ampuni aku selama ini yang menganggap bahawa diriku sudah dekat denganmu!’

Beliau menutup doanya dengan perasaan berat yang semakin dalam dari awal dia berniat seperti itu (mengkhatamkan ibadah solat lailnya). Beliau berbaring dengan pemikiran menerawang hingga dia tidak mengetahui bila dia tertidur. Dalam tidurnya, dia bermimpi, mimpi yang membuatnya semakin berasa bersalah. Seakan-akan dia melihat suatu Padang luas bermandikan cahaya yang menakjubkan, dan puluhan ribu, atau mungkin jutaan makhluk cahaya duduk di atas betisnya sendiri dengan kepala tertunduk takut. Ketika beliau cuba mengangkat wajahnya untuk melihat kepada siapa mereka bersimpuh, tidak mampu…kepalanya dan matanya tidak mampu memandang dengan menengadah.

Beliau hanya dapat melihat para makhluk yang duduk di hadapan Sesuatu Yang Dahsyat. Terdengar olehnya suara pertanyaan, ‘BAGAIMANA KHABAR HAMBAKU SI FULAN, HAI MALAIKATKU?’ nama yang tidak dikenalnya. Seorang berdiri dengan tubuh gemetar kerana takut, dan bersuara dengan lirih,

‘Subhanaka yaa Maalikul Quddus, Engkau lebih tahu keadaan hambaMu itu. Dia mengatakan demikian:
‘Wahai Allah yang menciptakan malam dan siang, yang dengan mudah menciptakan diriku yang sempurna ini. Kerana engkau tak mengabulkan permintaanku hingga saat ini, mulai besok aku tak akan meminta dan solat lagi kepadamu, aku akan lebih rajin berusaha agar tidaklah harus beralasan bahawa semua tergantung darimu. Maafkan aku selama ini, ampuni aku selama ini menganggap bahawa diriku sudah dekat denganmu!’
Ampuni dia yaa Al ’Aziiz, yaa Al Ghofuurur Rohiim?’


Tersentak beliau, itu kata-kataku semalam… celaka, fikirnya. Kemudian terdengar suara lagi:
‘Sayang sekali, padahal Aku sangat menyukainya, sangat mencintainya, dan Aku paling suka melihat wajahnya yang terpendam menangis, bersimpuh dengan menengadah tangannya yang gemetar kepadaKu, dengan bisikan-bisikan permohonannya kepadaKu, sehingga tak ingin cepat-cepat kukabulkan apa yang hendak Aku berikan kepadanya agar lebih lama dan sering Aku memandang wajahnya, aku percepat cintaKu padanya dengan Aku bersihkan dia dari daging-daging haram dibadannya dengan sakit yang ringan. Aku sangat menyukai keikhlasan hatinya disaat Aku ambil puteranya, disaat Kuberi dia cubaan tak pernah Ku dengar keluhan kesal dan menyesal di mulutnya. Aku rindu padanya…rindukah dia kepadaKu, wahai malaikat-malaikatKu ?’

Suasana hening, tidak ada jawapan. menyesallah beliau atas permintaannya semalam, ingin dia berteriak untuk menjawab dan minta ampun tapi suara tidak terdengar, bisik hatinya ”Ini aku Yaa Robbi, ini aku. Ampuni aku ya Robbi, maafkan kata-kataku!” mengalirlah air matanya Astagfirullahi’ adzim!! Terbangunlah ia dari mimpi… Segera beliau mengambil wudhu dan kembali bersujud dengan bertambah khusyuk. Dalam hati beliau berdoa:

‘Ya Allah, Ya Robbi jangan Engkau ungkit-ungkit kebodohanku yang lalu. Ini aku hambaMu yang tidak pintar berkata manis, datang dengan berlumuran dosa dan segunung masalah dan harapan, apapun dariMu asal Engkau tidak membenciku aku rela…Ya Allah, aku rindu padaMu’
Yang sangat merinduiMu….
Izinkan masa terhenti, agar pertemuan kita akan terjadi ya Robb…


sumber dari laman blog isiukm




Tuesday, October 21, 2008

dharar syarie..

assalammualaikum w.b.t.

Pada 2 syawal yang lalu saya menerima mesej dari seorang sahabat yang bertanya tentang dharar syarie. Dharar syarie..?? emm sebenarnya Saya tak berani nak jawab soalan tu sembarangan jadi saya telefon ustazah Hilmiah yang pernah mengajar saya syariah di kisas dulu. Seperti biasa kalau saya tanya ustazah, ustazah takkan terus memberikan jawapannya tapi beliau akan tanya balik kat saya, dan mempersoalkan kredibiliti saya...huhuhu..
Ustazah tanya saya balik huruf d tu klu ikut gaya UKM tulisan arabnya aper??...
"dhad kan ustazah.."
"so, dharar tu asalnya aper..?"
"emm..dharurah ker ustazah..?"kecut perut saya bila di soal jawab benda yang dah lamer saya tinggal. Ustazah memang tegas, waktu mula-mula tanya ustazah, ustazah ingat saya dari fakulti pengajian Islam.

"Mudharat..." jawab ustazah dengan tegas..

Ustazah menerangkan bahawa Dharar Syarie means sesuatu yang boleh mendatangkan mudharat dari segi syara'. menurut ustazah dharar Syarie banyak berlaku dikalangan kita tanpa kita sedari. Sebagai contohnya, ustazah ambil contoh 2 orang lelaki dan perempuan yang sedang asik bercinta , mereka berdua berpegang tangan, depa kata takpa pasni kita nak kahwin..
Yang perempuan dan laki2 tu belum sah sebagai suami isteri dan belum tentu lagi jadi suami isteri.. kenapa nak pegang-pegang..

Betul juga kata ustazah, Dharar Syarie memang banyak berlaku dikalangan kita tanpa kita sedari contoh yang terbaik saya ambil contoh couple... ramai kalangan kita yang bercouple hari ini hatta muslimin dan muslimat yang blajar agama pun.. antara kata-kata yang pernah saya dengar ialah, "takkan nak bercinta pun salah..", "kami tak berpegang tangan pun..", "kami tak pernah jumpa tapi hanya hantar mesej-mesej nasihat.."... emmm macam mana tu..??

Saya pernah tanya dengan seorang sahabat, apa hukum bercouple?.. dia bilang dalam islam tak ada istilah couple yang ada hanya taaruf...semuanya bersandarkan kepada ayat " la taqrabu zina.."..emm kalau kita bercouple sebulan, 2 bulan, 3 tahun.., 4 tahun...dan seterusnya ( lamer tu) adakah kita yakin yang satu hari nanti dia juga yang akan jadi pasangan kita..?? mana la tau tiba-tiba dia atau kita meninggal dulu atau kene kahwin pakse dengan keluarga ker..atau dia cari orang lain... hurmmm isu couple adalah isu yang hangat juga yer...
Banyak lagi contoh yang boleh dikaitkan dengan dharar syarie..antara kita nak fikir atau tak nak..

Wallahua'lam bissawab

Poligami dan Sisters In Islam

Pada hari rabu, 13 ogos yang lalu telah diadakan satu bengkel enumerator poligami bertempat di bilik mesyuarat ppspp . Bengkel Ini diadakan pada pukul 3 ptg ,selain boleh mendapat pengalaman boleh juga menambah duit poket sedikit sebanyak. selepas mendapatkan tempat duduk,kertas objektif dan lain2 diedarkan sebyk 3 set.First sekali waktu dpt kertas tu mata terpaku memandang pd satu patah perkataan.

sisters in islam

Dalam hati berlegar2 persoalan dan information pasal sisters in islam ni.Ya, seingatku sisters in Islam ni islam liberal. Walaupun tak banyak yang aku tahu pasal islam liberal, tapi aku tahu yang depa ni tak boleh pakai. Ustazah yang mengajarku subjek pengajian agama-agama dunia pernah beritahu bahawa islam liberal tidak menganggap al-Quran sebagai kalam Allah yang perlu dihormati dan dipelihara, mereka berpandangan bahawa al-Quran sama macam buku-buku lain yang ada di dunia ini.

Pensyarahku selaku ketua dan ahli akademik dlm program ni memperkenalkan salah seorg pegawai dr sisters in islam ini yg turut samer dlm mesyuarat ini.

semasa pegawai tersebut kluar ke tandas,cepat2 sok sek dgn kak noni.." eh ,akak sisters in islam ni bukan menentang poligami ker…"

maybe prof terdengar perbualan kami,selepas itu dia bertanya jika ader saper2 yg nak mengetahui ttg sisters in islam ni atau kalau pernah terdengar ttg sisters in islam ni..
aku beranikan diri untuk mengajukan soalan yang selama ni bermain di kepala kpd pensyarahku dan pegawai tersebut

" maaf yer, tapi aper yg sayer dengar dan dapat tau dr internet bahawa sisters in islam ni menentang poligami dan bertentangan dgn islam…"

"emm..tapi itu aper yg saya tahu la.." emm mmg itulah yang aku pernah dgr pun ttg sisters in islam ni.Pernah jg satu ketika dl cb nak buka laman web dia tapi tak blh.

" its ok,takper2 awak jgn takut…bg tahu jer aper yg awk tahu…kami takkan marah.."pensyarahku memulakan penerangannyer ttg sisters in islam ni.pegawai tu pandang aku dan tersengih, cuak juga bila mengingatkan keceluparanku td.

so aper yg aku igt pensyarahku kater sisters in islam ni mmg ditentang di malaysia and ofcourse ulama malaysia.salah satu sebabnya ahli2 yg membincangkan ttg agama dlm sisters in islam ni kebanyakannya adalah perempuan. Depa kata kat malaysia ni org2 yg blh membincangkan hal2 agama mestilah terdr dr alim ulama yg ofcourse la semuanya llk, dan yang ada autoriti sajer. Hal ini bagi mereka tak adil, perempuan dan orang biasa juga boleh terlibat sama. Pada pendapatku, apa yang berlaku di Malaysia itu mmg patut malah di negara2 lain juga.

Hal tentang agama bukanlah benda remeh temeh yang boleh dibincangkan oleh orang yang tak berilmu dan orang biasa dan orang yang nak membincangkan ttg hal2 agama ni mestilah ada autoriti dan ofcourse jglah dari kalangan alim ulama’ yang terdiri dari llk dan bukan perempuan. Hmmm… macam feminisme pun ada jg. Pensyarahku menerangkan lg bahawa sisters in islam ni suka mengkaji dan mencari sendiri semuanya melalui kajian ilmiah…dan panjang lebar lagi la yang diterangkan olh pensyarahku. Aku tak tahu apa pendirian depa tentang poligami ni, tapi aku berharap kalau depa ni menyimpang dari ajaran Islam, moga-moga Allah memberikan hidayah kepada depa. kepada yang membaca jangan salah faham, kajian poligami yang diadakan ini adalah kajian bersama yang dilakukan oleh pihak UKM dan pihak lain juga bukan sisters in Islam sahaja yang terlibat. Jika inginkan maklumat lanjut mengenai sisters in Islam ni boléhlah melayari laman webnya di : www.sistersinislam.org.my.

Wednesday, August 27, 2008

why hijab??


Sewaktu sedang menunggu bermulanya program bicara helwani yang dianjurkan oleh ikatan studi islam atau lebih dikenali sebagai ISIUKM , seorang sahabat baikku menyatakan hasratnya untuk merubah penampilan diri.Penampilannya yang sedia ada itu sudah baik.Tetapi dia ingin berubah kepada satu tahap yang lebih baik lagi .Aku secara bergurau berseloroh kepadanya “Alhamdulillah,akhirnya dapat juga kawanku ini hidayah”dia hanya ketawa dan menolak bahuku.

Dia ingin merubah penampilannya dari bertudung tiga segi berbidang 60 kepada bertudung bulat dan labuh.Alhamdulillah ,hati kecilku mengucapkan syukur .Memang wajar perubahan yang ingin dilakukannya,kerana dia sebagai seorang mahasiswi pengajian islam menjadi cermin kepada mahasiswi yang lain.

Aku fikirkan perbualan itu hanya terhenti setakat itu sahaja.Rupa-rupanya dia betul-betul memaksudkannya.Keesokan paginya, pagi-pagi lagi dia sudah menjenguk ke bilikku untuk meminjam tudung.Alhamdulillah, kebetulan ada dua tudungku yang masih baru dan tidak mahu digunakan lagi kerana tidak cukup saiz ,aku berikan terus kepadanya.Oleh kerana badannya yang kecil sedikit daripadaku tudung itu sesuai sekali dengannya.Syukurlah sekurang-kurangnya tudung itu tidak terperuk lagi di dalam almari kerana jarang digunakan.Memang aku berhasrat untuk membuat tudung baru yang sama warna dengan tudung tersebut dan memberikan tudung itu kepada dia.
Aku teringat gurauanku kepada dia suatu ketika dahulu tatkala sedang melilin tudung yang baru selesai dijahit
“ bila pula hang nak pakai tudung labuh ni“
“ nantilah, biler hang bagi aku tudung hang “Alhamdulillah, kata-kata yang dahulunya hanya gurauan hari ini menjadi reality.
Cukuplah aku mendapat pahala dari tudung tersebut dan belanjer aku makan KFC biler dia berhasrat untuk membayar harga tudung tersebut.Alangkah senangnya hatiku, melihat sahabatku cantik mengenakan tudung tersebut.Moga istiqamah sentiasa mengiringi amal kami.




Kenapa perlu berjilbab/tudung labuh???



ALLAH taala berfirman dalam surah al-araaf ayat 26:

" hai anak adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat "



Jilbab adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh, atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas,kecuali muka dan tapak tangan, atau dalam kata lain tudung labuh.Jilbab juga tidak menampakkan bntuk badan.ALLAH memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman,serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik.



Memetik Firman ALLAH taala dalam surah al-ahzab ayat 59:
“wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu ,anak-anak perempuanmu,dan perempuan-perempuan yang beriman ,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar ) ,cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan baik-baik )maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah ) ALLAH adalah maha pengampun lagi maha mengasihani “


Alhamdulillah selain merasa tenang dan selesa ,tudung labuh memudahkan kita untuk menunaikan solat.Tak perlu lagi untuk membawa telekung atau menunggu giliran untuk meminjam telekung surau , jika tudung yang dipakai telah sempurna dan labuhnya menyamai labuh telekung.Malah bukan itu saja, masa yang digunakan juga dapat dijimatkan kerana tidak perlu lagi untuk bersusah payah mengenakan pin di kiri dan kanan bahu atau dibelakang kepala ( fesyen wardina ).
Mengambil semula ayat dari surah al-ahzab:
“ supaya dikenal sebagai perempuan yang baik-baik dan tidak diganggu “
Tudung labuh mengundang persepsi ramai orang bahawa si pemakainya mempunyai identity tersendiri dan berperilaku dengan perilaku yang baik.Mata mereka sentiasa memerhati adakah akhlak dan pakaian kita selari?.Dan pastinya sikap malu menguasai diri ,membina jati diri seterusnya menjadi muslimah sejati.


pernah ada seorang sahabat yang mengadu kepadaku
“ Aku rasa tak layaklah nak pakai tudung labuh ni..”.
Duhai sahabat bukan engkau sahaja yang turut merasa begitu.Aku juga turut melalui hal yang sama,merasa diri tidak layak .Tetapi ini bukan soal layak atau tidak, tetapi sejauh mana kita menepati suruhan ALLAH dan nabi Muhammad s.a.w. dalam soal menutup aurat.Ia adalah suruhan agama yang wajib dipatuhi tanpa sebarang alasan.







Antara ciri-ciri pakaian yang menurut syariat yang wajib kita patuhi ialah:




tidak menampakkan lekuk-lekuk tubuh ataupun yang tembus pandangan ( nipis )




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:




" dua golongan termasuk penghuni neraka yang belum pernah aku lihat seperti mereka ;iaitu sekumpulan orang-orang yang pada diri mereka terdapat cemeti seperti ekor sapi.Mereka memukul manusia dengan cemeti itu, dan para wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang membuka kain penutup dan berjalan berlenggang lenggok, di atas kepalanya seperti mahkota biduanita ( penyanyi ) yang melenggang lenggok.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya.Sesungguhnya bau syurga dapat diperolehi dengan cara begini dan begitu "




buka pakaian untuk dilihat di khalayak ramai ( fesyen ):




Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :




" diriwayatkan dr ibnu umar ia berkata " rasulullah s.a.w bersabda: barangsiapa yang mengenakan pakaian untuk dipertotonkan di dunia, maka ALLAH akan memakaikan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat."



tidak boleh memakai wangi-wangian:



Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata:" Rasullullah s.a.w. pernah bersabda: janganlah kamu melarang hamba-hamba ALLAH yang wanita mendatangi masjid ALLAH, tetapi hendaklah mereka pergi dalam keadaan tidak wangi."



Tidak menyerupai pakaian wanita kafir:



Kita telah dimuliakan oleh ALLAH melalui agama islam, alangkah ruginya kita seandainya masih meniru dari golongan orang-orang kafir. Rasulullah s.a.w. bersabda:



" Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia akan termasuk golongan mereka."



Tidak boleh menyerupai pakaian kaum lelaki:



bagi kaum lelaki mempunyai pakaian khusus yang khusus yang berbeza-beza dengan pakaian wanita.Masing-masing tidak boleh memakai pakaian yang lain. Dari Anas r.a. ia berkata bahwa "Rasulullah s.a.w melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."




Wallahualam bissawab..







kembara cinta,kembara iman..

Kembara cinta, kembara iman…
Analoginya kita hanyalah seorang pengembara ,dunia menjadi tempat persinggahan tetapi bukan sebagai tujuan kerana nantinya kita akan menuju ke destinasi yang pasti.
Ya, sudah pasti destinasi yang pasti itu adalah negeri abadi,Negeri akhirat.Apa yang pasti setiap dari kita pasti mengimpikan destinasi yang akan dituju diakhir pengembaraan ini adalah syurga abadi.Tiada satu orang pun yang mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke neraka ALLAH.nauzubillahiminzalik.
kembara cinta, kembara iman..
Dalam menelusuri hidup ini kadangkala tanpa sengaja kaki tersadung akar berduri.dan adakalanya pula terpaksa melalui jalan penuh berliku.Tidak pernah pula menjangka yang badai dan ribut akan datang melanda apalagi jika yang datang itu adalah taufan Katrina,punah ranah iman dan taqwa.Sungguh dahsyat sekali penangannya sehingga membuat kita terlupa langsung yang jalan lurus dan penuh warna-warni seindah pelangi pernah direntasi.Terlupa kita akan segala janji tuhan yang pasti..
Ya ALLAH aku hanyalah seorang pengembara yang mengembara di duniaMU ini dalam perjalanan menuju destinasi yang ENGKAU janjikan.
Ya ALLAH aku hanyalah seorang pengembara yang mengembara mencari cinta hakiki dari Sang pencipta kepada seorang hamba..
Ya ALLAH tuhan yang membolak balikkan hati ,janganlah hendaknya ENGKAU membolak balikkan hatiku..
Ya ALLAH janganlah hendaknya ENGKAU tarik kembali hidayahMU setelah ENGKAU berikannya kepadaku. Tetapkanlah aku dalam bahtera iman moga sentiasa menaungi diri menjadi pendamping diri sehingga saat ajal datang menghampiri.