Apabila hati merasa resah
dan gelisah tanyalah hati, dosa apakah yang telah ku lakukan sehingga
Tuhan tidak redha padaku. Bukankah Allah pernah menyebut di dalam
Al-Quran bahawa hati itu adalah jiwa yang berfikir. Dan hati orang-orang
beriman itu sangat halus derianya. Ya Allah, jauhi aku dari sifat nifak
dan segala sesuatu yang boleh menjauhkan aku dariMu. Amiin
Monday, June 18, 2012
hari ini di cinta masjid, ustaz don berkisah tentang seorang kekasih
Allah. Baginda telah menjadi imam kepada ribuan nabi dan ratusan rasul
ketika peristiwa isra' mi'raj, tetapi apabila Allah memanggil dan
bertanya kepada baginda, ya Muhammad, man anta? jawab nabi Muhammad
sallallahu alaihi wassallam. Ana yatim, wa ana miskin. Subhanallah,
terasa ingin mengalir air mataku. Mulianya akhlakmu ya Rasullullah,
langsung tak teriak ujub dan takburmu. Semoga saja aku dan muslimin lain
dapat mencontohi akhlakmu. Allahumma salli ala saiyidina Muhammad wa ala ali saiyidina Muhammad.
CINTA
umpama awan diterik mentari
hangat tetapi mendamaikan
umpama hujan di musim kemarau
basah dalam harapan
umpama salju di musim dingin
sejuk tetapi tak membeku
............................
Ayah,
terima kasih kerna mengajarku erti cinta
Selamat hari ayah, ayah
Semoga kamu selalu bahagia bersama para kekasihNya di sana
Amiin..
Subscribe to:
Posts (Atom)