Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 21, 2008

dharar syarie..

assalammualaikum w.b.t.

Pada 2 syawal yang lalu saya menerima mesej dari seorang sahabat yang bertanya tentang dharar syarie. Dharar syarie..?? emm sebenarnya Saya tak berani nak jawab soalan tu sembarangan jadi saya telefon ustazah Hilmiah yang pernah mengajar saya syariah di kisas dulu. Seperti biasa kalau saya tanya ustazah, ustazah takkan terus memberikan jawapannya tapi beliau akan tanya balik kat saya, dan mempersoalkan kredibiliti saya...huhuhu..
Ustazah tanya saya balik huruf d tu klu ikut gaya UKM tulisan arabnya aper??...
"dhad kan ustazah.."
"so, dharar tu asalnya aper..?"
"emm..dharurah ker ustazah..?"kecut perut saya bila di soal jawab benda yang dah lamer saya tinggal. Ustazah memang tegas, waktu mula-mula tanya ustazah, ustazah ingat saya dari fakulti pengajian Islam.

"Mudharat..." jawab ustazah dengan tegas..

Ustazah menerangkan bahawa Dharar Syarie means sesuatu yang boleh mendatangkan mudharat dari segi syara'. menurut ustazah dharar Syarie banyak berlaku dikalangan kita tanpa kita sedari. Sebagai contohnya, ustazah ambil contoh 2 orang lelaki dan perempuan yang sedang asik bercinta , mereka berdua berpegang tangan, depa kata takpa pasni kita nak kahwin..
Yang perempuan dan laki2 tu belum sah sebagai suami isteri dan belum tentu lagi jadi suami isteri.. kenapa nak pegang-pegang..

Betul juga kata ustazah, Dharar Syarie memang banyak berlaku dikalangan kita tanpa kita sedari contoh yang terbaik saya ambil contoh couple... ramai kalangan kita yang bercouple hari ini hatta muslimin dan muslimat yang blajar agama pun.. antara kata-kata yang pernah saya dengar ialah, "takkan nak bercinta pun salah..", "kami tak berpegang tangan pun..", "kami tak pernah jumpa tapi hanya hantar mesej-mesej nasihat.."... emmm macam mana tu..??

Saya pernah tanya dengan seorang sahabat, apa hukum bercouple?.. dia bilang dalam islam tak ada istilah couple yang ada hanya taaruf...semuanya bersandarkan kepada ayat " la taqrabu zina.."..emm kalau kita bercouple sebulan, 2 bulan, 3 tahun.., 4 tahun...dan seterusnya ( lamer tu) adakah kita yakin yang satu hari nanti dia juga yang akan jadi pasangan kita..?? mana la tau tiba-tiba dia atau kita meninggal dulu atau kene kahwin pakse dengan keluarga ker..atau dia cari orang lain... hurmmm isu couple adalah isu yang hangat juga yer...
Banyak lagi contoh yang boleh dikaitkan dengan dharar syarie..antara kita nak fikir atau tak nak..

Wallahua'lam bissawab

Poligami dan Sisters In Islam

Pada hari rabu, 13 ogos yang lalu telah diadakan satu bengkel enumerator poligami bertempat di bilik mesyuarat ppspp . Bengkel Ini diadakan pada pukul 3 ptg ,selain boleh mendapat pengalaman boleh juga menambah duit poket sedikit sebanyak. selepas mendapatkan tempat duduk,kertas objektif dan lain2 diedarkan sebyk 3 set.First sekali waktu dpt kertas tu mata terpaku memandang pd satu patah perkataan.

sisters in islam

Dalam hati berlegar2 persoalan dan information pasal sisters in islam ni.Ya, seingatku sisters in Islam ni islam liberal. Walaupun tak banyak yang aku tahu pasal islam liberal, tapi aku tahu yang depa ni tak boleh pakai. Ustazah yang mengajarku subjek pengajian agama-agama dunia pernah beritahu bahawa islam liberal tidak menganggap al-Quran sebagai kalam Allah yang perlu dihormati dan dipelihara, mereka berpandangan bahawa al-Quran sama macam buku-buku lain yang ada di dunia ini.

Pensyarahku selaku ketua dan ahli akademik dlm program ni memperkenalkan salah seorg pegawai dr sisters in islam ini yg turut samer dlm mesyuarat ini.

semasa pegawai tersebut kluar ke tandas,cepat2 sok sek dgn kak noni.." eh ,akak sisters in islam ni bukan menentang poligami ker…"

maybe prof terdengar perbualan kami,selepas itu dia bertanya jika ader saper2 yg nak mengetahui ttg sisters in islam ni atau kalau pernah terdengar ttg sisters in islam ni..
aku beranikan diri untuk mengajukan soalan yang selama ni bermain di kepala kpd pensyarahku dan pegawai tersebut

" maaf yer, tapi aper yg sayer dengar dan dapat tau dr internet bahawa sisters in islam ni menentang poligami dan bertentangan dgn islam…"

"emm..tapi itu aper yg saya tahu la.." emm mmg itulah yang aku pernah dgr pun ttg sisters in islam ni.Pernah jg satu ketika dl cb nak buka laman web dia tapi tak blh.

" its ok,takper2 awak jgn takut…bg tahu jer aper yg awk tahu…kami takkan marah.."pensyarahku memulakan penerangannyer ttg sisters in islam ni.pegawai tu pandang aku dan tersengih, cuak juga bila mengingatkan keceluparanku td.

so aper yg aku igt pensyarahku kater sisters in islam ni mmg ditentang di malaysia and ofcourse ulama malaysia.salah satu sebabnya ahli2 yg membincangkan ttg agama dlm sisters in islam ni kebanyakannya adalah perempuan. Depa kata kat malaysia ni org2 yg blh membincangkan hal2 agama mestilah terdr dr alim ulama yg ofcourse la semuanya llk, dan yang ada autoriti sajer. Hal ini bagi mereka tak adil, perempuan dan orang biasa juga boleh terlibat sama. Pada pendapatku, apa yang berlaku di Malaysia itu mmg patut malah di negara2 lain juga.

Hal tentang agama bukanlah benda remeh temeh yang boleh dibincangkan oleh orang yang tak berilmu dan orang biasa dan orang yang nak membincangkan ttg hal2 agama ni mestilah ada autoriti dan ofcourse jglah dari kalangan alim ulama’ yang terdiri dari llk dan bukan perempuan. Hmmm… macam feminisme pun ada jg. Pensyarahku menerangkan lg bahawa sisters in islam ni suka mengkaji dan mencari sendiri semuanya melalui kajian ilmiah…dan panjang lebar lagi la yang diterangkan olh pensyarahku. Aku tak tahu apa pendirian depa tentang poligami ni, tapi aku berharap kalau depa ni menyimpang dari ajaran Islam, moga-moga Allah memberikan hidayah kepada depa. kepada yang membaca jangan salah faham, kajian poligami yang diadakan ini adalah kajian bersama yang dilakukan oleh pihak UKM dan pihak lain juga bukan sisters in Islam sahaja yang terlibat. Jika inginkan maklumat lanjut mengenai sisters in Islam ni bolĂ©hlah melayari laman webnya di : www.sistersinislam.org.my.