Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 22, 2011

Bintang Terang~





bintang tinggi dan terang
ku intip dari jendela
bintang sembunyi di celah awan
ku titip angin biar terang
bintang sembunyi di celah bulan
ku titip doa pada Tuhan
Allah, jatuhkan bintang ke ribaku..




Novel VS Novel

Isabella,Sebuah novel tentang perbandingan agama


Antara salah satu hobi masyarakat malaysia dan juga bangsa lain adalah membaca. Membaca bukan sahaja menambah ilmu, tetapi menambah kosa kata dan memperluaskan cara pemikiran seseorang. Namun, jika salah memilih bahan bacaan, membaca bukan sahaja menjadi satu hobi pembaziran dan sia-sia, tetapi juga boleh merosakkan pemikiran dan akidah seseorang. Sewaktu berkunjung ke pesta buku islam di KL central bulan lalu, saya sempat mendengar nasihat dari ustaz Zahazan tentang peri pentingnya memilih buku yang ingin di baca.

Antara salah satu dari kata-kata beliau ialah, jangan sekali-kali mengajar anak membaca buku kisah-kisah dongeng, walaupun dengan niat untuk mendidik mereka dengan amalan membaca, sekalipun untuk mengajar mereka bagaimana membaca, kerana niat tidak menghalalkan cara. Hal ini kerana, buku-buku tersebut akan mencorakkan akidah dan kepercayaan kanak-kanak. Didiklah seawal umur mereka dengan membaca kisah-kisah nabi, dan rasul, serta kisah-kisah para sahabat.

Bagaimana pula halnya dengan remaja dan orang dewasa yang sukakan bahan bacaan seperti novel?. Saya melihat, novel, selain daripada bahan bacaan ilmiah ,dapat menambah ilmu sambil bersantai, namun novel juga boleh membawa akibat yang buruk. novel-novel yang tidak islami biasanya mengandungi babak-babak kemesraan rumahtangga yang tidak patut diceritakan,apa lagi novel-novel yang berkisar cinta sebelum akad, hal ini akan menjebak budaya couple yang berleluasa, kerana salah satu sifat manusia ini adalah suka mencuba.
..........................................


Novel VERSUS Novel, antara novel picisan dan novel islami, pilihlah bahan bacaan yang akan menjadi santapan hati kita..


Thursday, November 17, 2011

5 Bulan ~


mereka umpama rebung yang lembut
adakalanya,
boleh menjadi cacing yang kepanasan

sukar dikawal,
tapi dalam diam mereka mendengar
mereka cuma anak-anak yang belum ada dosa
jika mereka di ambil Tuhan, syurgalah tempatnya

marahku pada mereka kerna sayang,
aku hanya ingin melihat mereka menjadi orang berguna pada masa hadapan
mereka adalah amanah Allah untukku,
mereka rindukan nasihat, walaupun esok mereka lupa
hari ini, aku tak mahu jemu berleter..



.............................

Esok adalah hari akhir persekolahan.Pejam celik, sudah lima bulan, aku menjadi warga pendidik. Saat yang paling membuat aku merasa terharu adalah bila anak didikku berbisik padaku, ustazah, saya akan buat dengan bersungguh-sungguh. Dan yang paling mengharukanku, adalah bila mata pelajaran yang ku ajar iaitu mata pelajaran tajwid, peratus yang lulus di kelasku meningkat, walaupun sebelumnya mereka sukar untuk lulus, dan hari sebelum peperiksaan, aku merayu pada mereka, supaya tidak gagal. Alhamdulillah, mereka sememangnya anak-anak yang baik. Terima kasih ya Allah.


~Adakalanya kenangan perlu ditulis, moga ia menjadi motivasi dan kenangan pada masa hadapan.