Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, December 22, 2012


USIAMU menghampiri sunti dara
Mengibarkan rasa di selendang sutera
Menyembunyikan malu di bilik terkunci
Diselubungi rindu lagu dan tari
Seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah kerana itulah mimpi.

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
Terasing di cermin kenyataan
Kehidupan yang ganas dan kejam.

Sunti daraku,
Jangan kaupinjam lamunanku, hati seorang ayah
Yang kini kubenci sebab begitu lemah
Selamanya mimpiku hidup ini serba indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakku
Kau membunuh segala palsu
Lagu dan rindu
Yang selalu menipumu

Dapatkan keberanian hidup baru
Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

-Usman Awang (1984)-

........................

Selamat Ulang Tahun yang ke 25 buat,
Khadijah Abdul Latip
22.Disember.1987

Tuesday, December 4, 2012

Doa Ayah

Cengkerik lewat pagi ini begitu bising mendendangkan lagunya. Sama seperti dahulu, lewat pagi, mata tak mampu lelap, walau siang tadi dihujani dengan kuliah pensyarah. Cuma, bezanya pagi ini manusia yang sangat ku rindui tak dapat dihubungi melalui telefon. Cuma, kenangannya yang bisa ku gamit
.
"Ayah teringin nak Ija sekolah di situ" Aku memandang sekolah yang disebut oleh ayah. Sekolah di tepi jalan itu ku pandang dengan pandangan sepi. Tak pernah terlintas di fikiranku untuk bersekolah di situ. Tetapi, setahun selepas itu, aku mendaftarkan diri sebagai warga sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terletak di tepi jalan menghala ke Sabak Bernam. Bulan berganti bulan, aku dan ayah melalui jalan yang disimpangnya terletak sekolah berasrama penuh pula. Dan ayah mula berkata "Ayah teringin nak Ija sekolah di situ". Dan doa ayah dimakbulkan bila kolej Islam di tepi jalan itu, sudi menerimaku menjadi warganya. Dari tingkatan enam ke Universiti, terdetik di hatiku, mudahnya perjalananku adalah kerana doa dari seorang ayah.
Semester ke lima di Universiti, kali terakhir ayah menghantarku ke kolej, ayah menghantarku dengan pandangan yang berat, tanganku seperti tidak mahu dilepaskannya. "Ayah nak ija sambung master" Aku terkedu dan kemudian ketawa "tengoklah dulu".

Hari ini, hampir empat tahun ayah pergi, dan kenangan itu seperti baru semalam berlaku. Tawaran master terpaksa ku tolak kerna alasan kerja. Maafkan aku ayah!. Saat ini, aku terasa kehilangan sebuah doa. Doa dari seorang ayah, begitu berharga sekali. Rindunya... pada ayah. Dan aku tersenyum mengingati doanya yang terakhir padaku "ayah doakan Ija dapat suami yang soleh dan pandai memujuk"

Terima Kasih Ayah!. 

Monday, December 3, 2012

Ketika cinta hadir melalui mata
ia membutakan
tetapi, ketika cinta hadir dari hati
ia menerangkan


~khadijah abd latip @ tulip putih~