Angin, bawaku terbang..
terbang tinggi melayang-layang
merasai lembutnya belaian
bermanja dalam khayalan
Angin, bawaku terbang..
aku ingin mencapai awan
menggantung harapan
seputih warna awan
di dada langit yang kesepian
Angin, bawaku terbang..
aku ingin mencapai bintang
kilauan yang mempesonakan
ku ingin jadikannya kerongsang
dalam meniti kebahagiaan
Angin, bawaku terbang..
aku ingin melihat bulan
biar indah rupanya dari perkhabaran
ku ingin hadiahkannya sebuah senyuman
tanda sebuah kesyukuran
kerana cahayanya menyuluh kegelapan
Angin, bawaku terbang..
aku ingin melihat mentari siang
biar teriknya membahang
sedaya upaya kan ku cuba menahan
aku ingin mengucapkan kata sayang
tanda sebuah penghargaan
kerana membakar dirinya memberi penghidupan
Angin, bawaku terbang
aku ingin mengintai syurga impian
yang selama ini aku khayalkan
mengintai keindahan
dan kedalaman kenikmatan
Lalu...
aku tak ingin pulang..
berharap syurga impian menjadi kenyataan..
Kebahagiaan sebuah pengakhiran..
Ku Ingin berada di sisi Tuhan
Maha pengasih, Maha penyayang..
Khadijah Abd Latip.Tuesday,Oct 20,2009.
Kolej Pendeta Za'ba.UKM,Bangi.