Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, March 24, 2009

daripada khadijah buat KHADIJAH..




Buatmu bonda agung
cinta pertama kekasih segala kasih
bidadari syurga di langit dunia
lebih lembut dari sutera
lebih mulia dari mutiara
lebih wangi dari bunga
keindahan yang tiada tara
melebihi segala permata
engkau yang pertama
engkau yang utama


cemburu Al-Humaira'
bila nama mu meniti di bibir Al-Mustafa
sentiasa dan sentiasa
sejak dari mula
selepas kau ukir cinta
dengan tinta setia
dengan kalam hikmah penuh bijaksana
kau usir segala duka
kau beri percaya
kau beri bahagia
kau beri harta
kau beri masa
keikhlasan yang tak terungkap kata


At-Thahirah
wanita bangsawan berketurunan mulia
dari mu lahir zuriat baginda
Az-Zahrah dan kakak-kakaknya
kepada Al-Hassan dan Hussein, kau jadi nenda
kepada Muhammad kau jadi kekasihnya
kau di damba
kau di puja
bagaikan cahaya
dalam hatinya


namun kau tetap bonda
bonda kami semua
bonda segala bonda
seindah nama
yang memilikinya
untaian sebuah sirah
engkaulah
Khadijah Al-Kubra




yang meminjam namamu:
khadijah Abd Latip
kolej pendeta Za'ba,UKM
24.Mac.2009, 05.22 a.m.
Majalah Solusi Edisi 28.Jan.2011.