Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 28, 2010

Saya mahu jadi penulis~


Saya baru sahaja selesai membuat keputusan untuk menolak tawaran kerja yang baru datang. Alhamdulillah, setelah istikharah Allah berikan petunjuk yang lebih jelas. Baru-baru ini, semua orang yang saya jumpa bertanya perkhabaran pokok anggur yg saya tanam lebih kurang sebulan ini sudah berbuah atau belum. Saya dengan jujurnya memberitahu mereka bahawa pokok anggur tu dah keluarkan putiknya. Almaklumlah, waktu tu saya tidak tahu risiko buah anggur yang akan berbuah itu tidak menjadi. Dan putiknya layu dan gugur dengan tidak berperasaan. Ah, apa yang saya sedang melalut ini~

Rupa-rupanya bukan mudah nak cari kerja. Sudah dapat tawaran, terpaksa dengan rela hati ditolak. Terlalu banyak perkara yang hendak diambil kira. Selain daripada tambang segala tambang pengangkutan awam, masa, jarak, keselamatan sehinggalah kepada bab ibadah iaitu nak tunaikan solat dan jaga aurat. Kemudian saya berfikir, alangkah indahnya tatkala zaman belajar dahulu. Rasa nak sambung belajar balik...tapi...kena tunggu dapat kerja tetap dulu..kalau tak, siapa pula nak support saya..kan! kan! ...owh...stressnya tak dapat keja lagi..

Esok pagi-pagi saya nak ucapkan selamat tinggal kepada tawaran scicom dan astro...buh bye..Owh ya..saya nak jadi penulis..SAYA NAK JADI PENULIS...saya nak jadi penulis...SAYA NAK JADI PEENULIS...saya nak jadi penulis............(penulis blog jer la buat masa ni..), terima kasih kepada yang sudi membaca..

Wallahualam .

p/s: Owh ya, baru2 ni saya amik gambar dengan Mana Sikana, amik aura dan berkat cket, sayakan nak jadi penulis..penulis blog kata pakcik saya.. =)