Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, April 29, 2009

Bicara CINTA dari nurani~


Bismillahirrahmanirrahim..



Di dunia ini bukan semua yang kita inginkan akan kita perolehi. Bicara tentang cinta, diri ini bukanlah seorang yang mahir dalam bercinta hatta, untuk bercerita tentang cinta, sekalipun untuk menjadi pencinta agung seperti Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet mahupun seperti Jung Yujin dan Kang Joon Sang dalam drama Winter sonata, Namun seperti kata-kata HAMKA bahawa



“cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.”



Kata HAMKA lagi, “cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis tali sedan tapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan”

Kemudian Jalaludin Ar-Rumi pula berkata, “Jika tiada cinta, peradaban dunia akan membeku. Cinta adalah penaka lautan; seluas dan sedalam daya jelajah hati nurani manusia itu sendiri. Cintalah yang semestinya menjadi asas utama bagi hubungan antara manusia, antara kebudayaan, antara bangsa dan antara sistem hidup yang berbeza.”



Lihatlah begitu ramai tokoh-tokoh agung yang mengajar kita tentang cinta, namun kata-kata mereka hanyalah sekadar teori, kitalah yang akan mempraktikalkannya. Walau cinta tiada dalam silibus pelajaran, mahupun peperiksaan yang perlu dihadapi, namun cinta itu ada dalam silibus kehidupan. Bagaimana kita mencorakkan cinta yang kita miliki, begitulah cara kita memahami tentang cinta itu sendiri.


Sering kita mendengar manusia menyalahkan cinta, padahal cinta tak bersalah apa-apa, kitalah yang bersalah jika tidak pandai untuk bercinta. Teladan orang-orang yang bercinta itu adalah teladannya cinta para Nabi. Begitu Nabi mencintai, kalimat terakhirnya adalah ummati, ummati, ummati..


Begitu juga ketika mengasihi dan mencintai tanpa syarat. Sepertimana ayahanda dan bonda kita mencintai,sentiasa mencintai walau sering dilukai. Seperti mana cinta Tuhan kepada hamba-hambaNya, sentiasa memberi walaupun hamba-hambaNya tidak pernah peduli.


Kata Kang Joon Sang kepada Yujin, untuk mencintai seseorang kita tidak memerlukan alasan, kerana cinta yang hadir bersama alasan akan hilang bila tiada lagi alasan. Jika seorang suami, mencintai isterinya kerana kecantikan yang dimilikinya, pasti cinta itu juga akan pudar bersama pudarnya raut wajah yang jelita. Jika seorang ibu mencintai anaknya kerana kebaikan sifatnya, pasti cintanya juga akan pudar bersama kejelekan sifat anaknya. Namun kasih bonda itu, biar sejelek manapun anak itu, katanya "dia tetap anakku ". Kerana kasih bonda itu adalah cinta, cinta yang Tuhan pinjamkan kepadanya.



Tapi cinta adalah alasan. Alasan untuk kita menjadi derhaka atau orang bertaqwa kepada pemilik segala cinta. Kerana cinta, seorang ayah sanggup membanting tulang memberi makan kepada anak-anaknya, kerana cinta seorang ibu sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan kita, kerana cinta seorang isteri memberi taat setia kepada suaminya, kerana cinta seorang pejuang sanggup berkorban nyawa demi agama, kerana cinta juga seorang kekasih sanggup berbuat apa sahaja.




Seperti mana sebuah rumah punya tiang serinya, tiang seri cinta adalah agama. Kata Imam Nawawi "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu".


Tuhan mengajar kita cara bercinta, melalui sekian banyaknya ayat-ayat cintaNya di dalam Al-Quran. Dan ingatlah..


“..orang-orang yang akrab saling kasih mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa...” –surah zukhruf ayat 67.


Kata Habiburrahman El-Shirazy, inilah ayat-ayat cinta dari sekian banyaknya ayat-ayat cinta yang wujud di dunia ini. Cintailah siapa pun, asalkan wadah cintamu adalah Allah.



tatkala rindu datang bertandang,

ku gamit Al-quran di sisi,

kulagukan alunan ayat-ayat cinta,

bersama kudus doa untuk seorang kekasih.



Seorang kekasih yang mencintai kekasihnya tidak mungkin mahu merosakkan kekasih yang dicintainya.


Biarkan cinta ini terus bersemi,

bersama iman di hati,

Biarkan cinta ini terus bersemi,

sehingga di syurga menanti ,

Duhai kekasih hati,

Jangan dikau tunggu daku di neraka ilahi,

kerana di situ tiada cinta yang boleh didefinisi.


Nauzubillahiminzalik. Semoga Tuhan menjauhkan kita dari cinta yang boleh menghumban kita ke nerakaNya.


Kata Attirmidzi "Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu, sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan keraguan"


Jika hati merasa sangsi kerana cinta yang salah didefinisi, pulanglah dan kembali kepada pemilik segala cinta. Tanyalah hati, kerana sesungguhnya hati merasa tenang dengan kebaikan, tetapi merasa gelisah dengan kejahatan.


Orang yang mempunyai cinta dalam hatinya, akan melahirkan cinta di sekelilingnya. Belajarlah mencintai, dari kalam ilahi, dari orang-orang lama, hatta dari buku sekalipun. Lihatlah cinta dengan mata hati, bukan dengan nafsu haiwani.


Doa Nabi Ibrahim kepada Ilahi:


Ya Allah, kami mohon akan cintaMu,

Kami mohon cinta pada orang yang mencintaiMu,

Dan kami mohon cinta

pada amalan yang akan mendekatkan kami pada cintaMu.


Tuhan ku, andai nanti Kau takdirkan seorang Adam untukku, katakan padanya aku tak punya apa-apa selain cinta. Kerana cinta aku akan setia, kerana cinta aku akan selalu di sisinya, kerana cinta aku akan mengasihinya lillah.


wallahualam.





ikhlas dari Tulip putih

03:40 a.m.30.April.2009

Kolej Pendeta Za'ba.UKM.




Friday, April 24, 2009

Happy Besday..~





Semalam yang baru berlalu, tanggal 24hb April 2009 merupakan hari yang bermakna buat kakak tersayangku Siti Fatihah, selamat hari lahir yang ke 23 kakak. Semoga di panjangkan umur,di murahkan rezeki,berjaya di dunia wal akhirat serta jadi orang beriman.Banyak lagi nak wish kat kakak tapi cukup sampai sini sajalah sebab nak wish untuk pakcik pula Mr.Amir Hamzah bin M.Basir yang hari lahirnya jatuh pada tanggal 25hb April 2009 pula, its today.
Pukul satu pagi semalam saya dah wish besday kat kakak walaupun terlewat 1 jam. Dalam keadaan mengantuk dan pening-pening lalat baru bangun dari tidur hanset dicapai dan mesej khidmat pesanan ringkas berupa ucapan selamat hari lahir untuknya selamat saya send. Kakak dah makin dewasa tak lama lagi boleh la kawen hehe. Hubungan saya dan kakak erat walaupun berjauhan. Seorang berada di Selangor , dan seorang lagi di Kelantan. Dia lah teman baik saya, dia juga teman gaduh saya, apa lagi beza umur saya dan dia hanya satu tahun. Setiap tahun kami tak pernah lupa besday masing-masing, walaupun tak berduit hadiah dari kedai dua ringgit pun dah memadai.
Tapi tahun ni saya tak mampu untuk hadiahkan dia sesuatu sebab duit poket dah kosong.Cuma doa yang dapat saya kirimkan. Seusai exame pagi tadi ade mesej balasan saya terima dari dia yang membuatkan saya tersenyum bagai kerang wangi..
"tq budak, ak ade belikan ole2 tuk ko"
Sepatutnya dia yang terima hadiah dari saya, tapi sebaliknya pula saya yang dapat ole-ole dari dia.. Beshnya.. hehe
Hari ini pula hari lahir pakcik saya, adik kepada ayah. Sempena hari lahir pakcik ni juga Alhamdulillah, pakcik terima jamaah masturat selama 3 hari di rumahnya, iaitu pada 24,25 dan 26hb. Kata makcik saya, terima jamaah bersamaan dengan hari lahir pakcik suatu yang bermakna bagi mereka. Makcik turut ajak saya sertai jamaah masturat di rumahnya disebabkan saya tak boleh ikut serta mereka keluar jadi hanya jamaah yang datang ni saje yang saya boleh ikut. Disebabkan ada exame pagi tadi dan dua hari lagi, bukan rezeki saya untuk turut serta bersama mereka.Mungkin Allah masih tak pilih saya disebabkan lemahnya iman dan amal saya, lepas ni saya kena tingkatkan azam dan banyak doa lagi,dan jaga iman dan amal itu pesan makcik yang selalu, lagi dan lagi.
2 hari lahir, juga 2 kisah orang-orang yang saya sayang .Bagaimana kita menyambut hari bahagia itu, sama ada dengan bertambah lagi iman dan amal atau semakin jauh kita dariNYA . Terpulang pada kita untuk menentukannya. Selamat hari lahir juga saya ucapkan buat sahabat-sahabat yang turut berkongsi tarikh dengan mereka.
Wallahua'lam.

Tuesday, April 14, 2009

Ukhuwah Q

Bismillahirrahmanirrahim

Waktu tengah buka blog ade mesej pesanan dari inspirasi hati kurniaan ilahi dekat shout box, terkejut juga ingatkan apa..ooo..rupanya saya telah di tag..ermm selama ni hanya tengok dari blog orang jer tentang tag ni tak sangka saya terpilih pula kali ni.Saya cuba jawab la "ukhwah Q" ni seikhlasnya, syukran ya ukhti inspirasi hati kurniaan ilahi...Saya cuba jawab yer soalan-soalan ni sedaya upaya..

1. Anda rasa anda hot?

ermm, setakat ni tak pernah la rasa hot, rasa sejuk jer..sampai kene pakai baju sejuk lagi.. :>

2. upload gambar kegemaran anda?

ermm banyak gambar yang saya suka tapi ni antaranya ni lah





3.Kenapa anda suka gambar ni?

Saya suka gambar ni sebab cantik hehe..tengok tu ade salji..teringin nak main salji..(just dream) pastu burung tu menambahkan lagi kecantikannya..Subhanallah..
struktur gambar ni pun cantik ...ala-ala black and white..
4.bila kali terakhir makan pizza?

last sekali tak ingat la..huhu sejak kene boikot tu dah tak makan dah...rindunya nak makan pizza...my favourite tuh..hihi

5.lagu terakhir yang anda dengar?

Tak ingat..sebab tak suka sangat dengar lagu..tapi bila dah suka kat satu lagu tu akan dengar berulang-ulang kali..rasa-rasanya lagu terakhir tu lagu ketika cinta memanggil..sebab suka sangat dengar lagu tu..jadi akan dipasang berulang-ulang kali..kalau nak dengar lagu tu tengok la kat utube..ade kat bawah tu..

6.apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

garu kepala..pening nak siapkan tag ni sebab internet ni ade masalah la pulak..pastu tengah pening nak siapkan assignment nih..

7.selain name sendiri,anda suke dipanggil dgn nama apa?

Apa yer..? ermm biarlah rahsia... :> ...

8.tag lagi 6 org?







9.siapa no.1 pada anda?
ermm..kalau ikut yang kat atas ni..takder kot..hehe sebab no satu bagi saya ialah Allah, ofcourse la kan..takper biar saya terang ap hubungan depa ni dengan saya..
no 1- ex-ketua umum saya merangkap teman satu kelas waktu kat 6 atas 6 dl
no 2-yang ni my best friend, duduk dekat jer dengan bilik saya, selalu kacau dia hehe..
no 3-kakak ni pernah satu kelas teori dengan saya
no 4-saya dah cerita kat bawah ni
no 5-kakak sepupu saya
no 6-jumpa kat blog, rupanya duduk satu taman
10.org no.3 ada hubungan dgn sesiapa?
Saya tak tahu..kene tanya dia sendiri lah hehe..
11.kata sesuatu mengenai org no.5?
Kakak sepupu saya tu..cute dan manis orangnya..tak lama lagi boleh la makan nasi minyak dia..hehe..jangan marah ehh kak nadia..
12.bagaimana pula org no.4?
owh yang tu ketua kelas saya masa tingkatan enam atas enam kat kisas dulu, sekarang ni jadi cosmate saya pulak..seorang yang berdedikasi dan bertanggungjawab, pendiam tapi tengok blog dia cam gila-gila la pulak..
13.pesanan kpd no.6?
Belajar rajin-rajin ye doktor nanti boleh la harumkan nama Taman Seri Andalas.. : )..
Dah habis soalan eah..ermm ok la..Gud Luck yer semua...
-tamat- fuh leganya bukan mudah nak buat benda nih..







Sunday, April 12, 2009

Bukan macam buah atau Bunga

Dalam tadarrus nurani
Kukirim tinta cinta ke langit tujuh
Merisik naskhah rahsia
Menjilid kitab percintaanTuhan,
Dalam sujud tertunduk
Labuhkan rindu dendamku
Pada dermaga perkasihan
Yang tercipta untuk seorang Adam
Untukku temu dalam rentang
sejadah pernikahan.


Saya kesat hangat air yang mengalir di pipi. Selendang sutera bertenun emas saya labuhkan ke bahu. Cincin emas berhias kemilau permata tiga menggamit mata. Lama saya tenung jari manis tirus yang akhir dipaut satu ikatan yang separuh mengikat diri saya dengan seorang adam. Benar, dia adam yang membayangi dalam mimpi, memanggil dalam samar dalam bersih jubah putih suci lantas membisik-bisik dengan parau suara yang menggetar nurani.

“ Aku adalah akidahmu, sebutlah nama TuhanMu bahawa kau akan kusantuni”.

Lalu dia menghilang dalam renung bening mata yang berbekas dalam ingatan.Saya tersedar, istighfar dan syukur basah di bibir. Gelora cinta mula membuak, dihambat rindu yang mengasak dada. Mengapa sekarang sungguh kurasa bagai musafir haus dalam tandus padang pasir mengharap setitis air. Begitulah rasa seorang pencinta yang dahagakan redup pandang kekasihnya.Sungguh pertemuan yang singkat tadi telah Allah campakkan sejuta kecintaan yang benar-benar hidup!

“ Enti, diri enti baru separuh milik ana, tapi ini bukan bermakna Allah izinkan kita bercinta. Ana harap enti faham, ana serahkan enti dalam jagaanNya, belum halal kita untuk berhubung walau ana jujur, hakikat hati bahawa tiadalah sabar untuk bersama enti.”

Dia berjeda. Matanya kerap dilarikan ke kiri ke kanan apabila menatap wajah saya buat pertama kali. Saya relakan niqab dibuka moga tuntutan hadith nabi bisa dipenuhi. Mohon saya, agar wajah ini bakal dia senangi untuk saya hiasi hari-hari hidupnya yang mendatang. Debar saya beralun dalam debarnya dan saya menghambatnya dengan zikir di hati.

“andai rindu dan cinta meruntun hati, lekas-lekaslah enti berwudhu’, bukalah mashaf dan bacalah dengan sekhusyuknya. Kerana itu bukanlah kerinduan yang halal untuk kita, bahkan syaitan yang cuba memesong hati agar ikatan kita mendasari nafsu yang merosakkan”

“ ana faham, insyaAllah.”

Sekadar itu. Hanya sekadar itu saya membalas. Kelu berkata tanda ada hati yang sedang berbicara. Namun ia tidak terlafaz pada bibir yang tekekang untuk bersuara. Duhai adam, andai kau tahu segunung syukur kupanjatkan atas lamaranmu, betapa hadirmu bagai bulan yang menyimbah gelap bumi di malam hari.Dan nikmat tuhan yang mana yang kamu dustakan!Saya berlalu ke bilik air untuk berwudhu’.

Sesekali dingin air yang mengalir menyumsum ke dalam tulang mengaliri hati setenang aliran Nil mengutus Musa ke mahligai Firaun, lantas bayi mungil itu mengukir sejarah agung menundukkan seorang Thaghut yang menyesatkan. Tuhan, andai saya adalah ibu Musa, maka nikmat Tuhan mana yang saya harus dustakan!2 rakaat saya tunaikan solat syukur.

Ya Illahi, akanku penuhi tempoh pertunangan ini sebagai persediaan terakhir untuk membina sebuah baitul muslim bersama seorang lelaki yang akanku persembahkan segala ketaatan, agar kecintaan yang berbuah-buah ranum dalam cinta buat suami yang bakal kami lahirkan zuriat yang menjadi kader-kaderMu kelak.Sungguh Illahi, impianku agar aku bisa menghadiahkan kepadaMu seorang lagi Salehuddin Al-Ayubi, seorang lagi Al-Farouq yang memimpin dunia, seorang lagi Al-Siddiq yang hatinya lembut mengasihi seluruh insan, seorang Muaz bin Jabal yang menjadi kerinduan kekasihMu, Muhammad. Maka kurniakanlah aku suami seperti Zubair bin Awwam sebagaimana Umar mengagumi anaknya kerana didikannya. Ya Illahi, kau peliharalah diri dan hati aku dan dia dari pesongan nafsu yang mengundang laknatMu hingga akhirnya kau tarik kembali semanis-manis nikmat ini.

Mata saya semakin sarat dengan air mata. Gentarnya andai nikmat ini adalah ujian untuk saya memiliki cintaNya.Saya bangun dan duduk di birai katil, lalu mencapai diari . Bagaimana akhirnya saya menerima dirinya, membuat keputusan setelah hampir setahun dilamar. Saya akur, memilih suami bukanlah seperti memilih bunga atau buah. Cukup hanya terpikat dengan tarikan warna luaran lantas kita terus memetiknya.Sedangkan memilih suami ibarat memilih aqidah, yang nanti bakal menentukan bagaimana akhirnya hayat saya. Sungguh saya tidak mahu menyesal memperhambakan diri pada seorang lelaki yang akan saya persembahkan segala milik diri. Hanya satu yang amat saya harapkan agar lelaki ini bakal memandu langkah saya menjadi tetamu Allah di syurgaNya.Dan Akhirnya kami kembali menyemarakkan segala cinta dan kasih dalam anggun taman syurga.

Saya membuka sehelai demi sehelai tulisan diari. Saya terhenti pada satu halaman yang dakwatnya sudah mengembang. Kesan basah air mata yang entah bila saya tumpahkan.

‘ Tuhan, andai benar satu hari akan kau serahkan diriku buat seorang Adam, biarlah dia seorang yang punya fikrah yang kuat berdakwah, yang tidak redha dengan kemaksiatan, yang lincah mentarbiyyah umat, yang tidak langsung berlengah untuk menyerah harta dan jiwanya pada jalanMu, yang tenaganya tidak sedikit pun berbaki untuk dia mengejar dunia, yang hatinya tertaut pada masjid, yang malamnya hidup untukMu dalam tahajud yang menyuci jiwa, yang apabila aku memandang wajahnya, bertambah-tambah pujianku buatMu, yang apabila melihat akhlaknya, melimpah-limpah kerinduanku pada KekasihMu, dan tidurnya dalam dakap kitab suciMu kerana letih mentadabbur Al-Zikr, yang bibirnya tidak sunyi dari lantunan zikir dan hafazan surah-surah penghibur hati, yang apabila katanya penuh nasihat dan guraunya adalah sedikit kerana gentar akan kematian yang bila-bila masa sahaja menjemput.’-PD-

inilah isi diari saya lewat 2 tahun yang lalu!Bukanku mengharap kepada kesempurnaan, tetapi kerana pernikahan adalah saparuh kepada penyempurnaan agama, maka izinkan aku sempurnakan pernikahan ini dengan lelaki persis dengan akhlak KekasihMU..

“ sesungguhnya orang itu tergantung kepada agama temannya. Dan seseorang itu tidak dikenali kecuali dengan melihat temannya.” Ihya’ Ulummudin, Imam Ghazali.

Setelah setahun saya merisik dengan melihat agama rafiknya, menelusuri fikrahnya yang penuh dengan agenda dakwah, yang saya yakini kematangannya dalam agama dapat membawa saya terus menjadi pendampingnya dalam manhaj dakwahnya, dan dengan izin Allah, dengan penuh ketulusan saya serahkan hati ini untuk dia sempurnakan ikatan dengan satu lafaz yang merubah segalanya.Terima kasih Ilahi kerana mempertemukan saya dengan dirinya!

PERNIKAHAN IBARAT BERBUKA PUASA,LAFAZKANLAH HAJAT JIKA TERASA SUDAH TIBA MASANYA, IAITU SETELAH BEKALAN UNTUK MENAKHODA BAHTERA PERNIKAHAN CUKUP SEISINYA, USAH IA DILAFAZKAN SEAWAL SAHUR, KELAK BASI CINTA DAN RASA LANTAS KAPAL AKAN KARAM KERANA HAMBAR ANGIN CINTA YANG MEMANDUNYA.

copy dari link sahabat:http://lailatulmawardah.blogspot.com/

Friday, April 10, 2009

uyku duası




I slept
Allah (CC) you awake me
immerse me into your beauty
for as long as I am alive
make me wake up with faith in me
I slept on my right,
I slept on my left
angels may be witnesses
to my beliefs and to my faith
7 angels on my right,
7 angels on my left
by saying bismillah,
now I will fall a sleep
by saying my prayer,
now I will fall a sleep

Friday, April 3, 2009

Jika Tuhan itu Maha Pengasih,Maha Penyayang,Maha Adil dan segala lagi Maha,kenapa mesti wujud kejahatan dan kesengsaraan di dunia ini?

Bismillahirrahmanirrahim.



Hujan yang lebat malam itu, membuatkan saya terasa amat liat sekali hendak pergi ke kelas ganti Pengantar Falsafah,selain dari falsafahnya yang membingungkan saya terasa amat mengantuk + letih. Memang ramai student yang tidak hadir pada malam itu, namun kuliah masih tetap diteruskan oleh Dr.Siva.



Sedaya upaya saya menongkat mata ini dari mengembara, namun kepala saya tetap mengangguk-angguk mendengar ceramah Dr.Siva tanda saya sudah pun berada di alam lain. Suaranya sayup-sayup kedengaran di cuping telinga saya, sekejap saya melihat dia di kiri kemudian ke kanan, kadangkala wajahnya berbalam-balam bercampur dengan imej yang datang dari alam lain. Peristiwa ini terus berlaku sehinggalah cuping telinga saya menangkap mukadimahnya mengenai tajuk kuliah kegemaran saya,iaitu falsafah agama yang semestinya menjurus hal-hal berkaitan ketuhanan.



Saya kembali berada di alam sedar dan melihat Dr.Siva sudahpun berada di hadapan saya dengan tangannya menunjuk ke arah saya sambil memberitahu seluruh kelas yang dia sangat berminat untuk berbahas dengan saya mengenai hal ini. Saya jadi terkedu dan malu.

Mata saya serta merta tidak lagi memerlukan bantuan tongkat tersebut.Sememangnya saya sentiasa menjadi pengkritik tetapnya dalam berhujah hal mengenai falsafah ketuhanan.



Kuliah pengantar falsafah Dr.Siva sememangnya memerlukan pelajar-pelajarnya untuk sentiasa berfikir dan berkongsi pendapat, idea dan pandangan, dan bukan hanya menerima bulat-bulat falsafah tersebut. Malam itu, Dr.Siva sekali lagi mengajukan soalan kepada pelajar-pelajarnya.



"Jika Tuhan itu Maha Pengasih, Maha penyayang, Maha Adil dan segala lagi Maha, kenapa mesti wujud kejahatan dan kesengsaraan di dunia ini ?"



Sebenarnya soalan ini adalah mengenai Theodicy -The term theodicy comes from Greek. 'Theos' (God) and like (justice), meaning literally 'The justice of God '. Iaitu merupakan satu usaha untuk menjelaskan persoalan kejahatan dan kebaikan Tuhan.



Kelas jadi sepi buat seketika, masing-masing berusaha berfikir tidak terkecuali saya. Salah seorang pelajar mengutarakan pendapatnya secara berhumor bahawa supaya dunia ini berlaku keseimbangan.



Kelas jadi sepi lagi. Masing-masing mendiamkan diri sedang Dr.Siva masih mengasak kami dengan soalan yang sama. Saya jadi serba salah bila melihat rakan-rakan lain membisu. Dalam hati ini saya beristighfar dan memohon kepada Allah supaya diberikanNYA ilham untuk saya menjawab soalan tersebut.Fikiran saya kosong. Saya tarik nafas dalam-dalam, dengan kalimah bismillah, saya mulakan perkataan saya dengan

"In my opinion.." dan pada waktu itulah saya seperti merasa ada satu kekuatan hadir dalam diri. Saya teruskan menyambung bicara saya

"Tuhan telah kurniakan manusia akal dan nafsu, dan tuhan juga telah ciptakan peraturanNya supaya manusia ikut, terpulang kepada manusia itu sama ada nak ikut atau tidak.Tuhan juga telah ciptakan syurga dan neraka, syurga yang Tuhan ciptakan tak tergambar nikmatnya. Untuk mendapatkan syurga bukanlah sesuatu yang mudah,dengan itu Tuhan cipta ujian dan kesusahan, dan nak masuk neraka pula jalannya mudah. Terpulang pada kita nak pilih yang mana satu." Saya melepaskan nafas lega. Alhamdulillah, semuanya dari Allah jua. Saya melihat Dr.Siva berfikir sesaat sebelum dia menyambung perbahasan tersebut.

Benarkah apa yang saya katakan itu?. Beberapa hari selepas itu saya mendapat jawapan tentang hal tersebut dan tentang sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Tuhan sewaktu menyelesaikan majlis taklim.

Dalam sebuah hadis ada disebutkan :

Apabila Allah taala menjadikan Syurga,ia memerintah malaikat Jibrail a.s. dengan berkata kepadanya, 'hendaklah engkau pergi dan melihat syurga itu', setelah kembali dari melihat syurga ia berkata, " ya Allah, demi kemuliaanMu, barangsiapa mengetahuinya pasti akan berusaha untuk mendapatkannya.Yakni kelazatan,kesenangan,kegembiraan,kemewahan dan beranika rupa nikmat yang disediakan di dalamnya,jika diketahuinya maka tidaklah sesiapa pun yang tiada berusaha sedaya upayanya untuk mendapatkannya"

Kemudian Tuhan menyelubungi syurga itu dengan berbagai kesukaran yakni meletakkan berbagai syarat seperti sembahyang,puasa,jihad,haji dan lain-lainnya.Barang siapa memenuhi syarat-syarat tersebut maka dia sahaja yang berhak memasuki syurga itu.Lantas Tuhan memerintahkan malaikat Jibrail " kini pergilah dan saksikanlah lagi" setelah menyaksikannya ia kembali seraya berkata " Kini aku khuatir tidak ada sesiapa pun yang dapat memasukinya."

Demikian juga ketika Tuhan menjadikan neraka jahannam,Tuhan menyuruh malaikat Jibrail pergi melihatnya.Ia melihat azab,siksa,berbagai-bagai penderitaan dan lain-lainnya yang disediakan di dalamnya.Lantas ia berkata " Ya Allah,demi kekuasaanMu barangsiapa yang mendengar keadaannya yang amat dahsyat ini maka sudah pasti ia tidak berani menghampirinya"

Kemudian Allah taala menyelubungi neraka jahanam itu dengan berbagai rupa kejahatan yakni dengan perzinaan,minuman yang memabukkan,kezaliman,keangkuhan dan kesombongan terhadap perintah-perintah dan lain-lainnya.Lantas Tuhan menyuruh malaikat Jibrail "kini pergilah melihatnya lagi" setelah melihatnya ia kembali lalu berkata "Ya Allah,kini aku khuatir bahawa tiada seorang pun yang akan selamat daripadanya".


Begitupun tentang sifat Maha pengasih,Maha penyayang dan Maha pengampun Tuhan itu adalah..

Keadaan padang Mahsyar dan perhitungan amalan manusia telah diterangkan dengan berbagai cara. Di dalam kitab 'Bahjatul nufuss' ada diterangkan bahawa perhitungan amalan manusia akan dijalankan dengan beberapa cara, iaitu; dengan cara sembunyi yakni amalan sebahagian hamba akan diperhitungkan secara sembunyi disebalik tirai rahmat, dosa-dosanya akan dikira dihadapannya sendiri bahawa perbuatan-perbuatan maksiat ini dan itu kamu melakukan pada masa-masa yang tertentu yang semua diakuinya sehingga ia menyangka bahawa nescaya dia akan binasa kerana dosanya yang banyak ini.Dengan tak semena-mena Allah taala berfirman kepadanya


" Sesungguhnya Aku telah sembunyikan kesalahan-kesalahanmu di dunia dan di hari ini juga Aku menyembunyikan kesalahan-kesalahanmu yang banyak ini dan Aku memaafkan."

Apabila orang itu keluar dari mahkamah Ilahi maka orang ramai yang berada di situ akan berkata ," alangkah bahagianya hamba ini yang ia suci dari segala-gala dosa kerana hal dosanya yang telah di maafkan oleh Tuhan itu tidak dapat diketahui oleh mereka.

Yang kedua pula adalah dengan cara terang-terangan yakni semua dosa-dosa sama ada yang kecil mahupun yang besar akan dihadapkan kepada yang melakukannya. Kemudian Allah taala berfirman bahawa dosa-dosanya yang kecil itu hendaklah diganti dengan kebajikan.Lantas orang itu dengan segera berkata bahawa dosa-dosaku masih banyak lagi yang tidak disebutkan di sini. Demikianlah bagaimana manusia dihadapkan kepada Tuhan dan bagaimana pula amalan-amalan diperhitungkan ini semuanya diterangkan dengan satu persatu dalam kitab tersebut.

Wallahua'lam.Terima kasih Tuhan kerana Engkau telah lahirkan aku di dalam kemuliaan agama suci ini, sedang di luar sana masih ramai mereka yang tidak seberuntungku, dan masih ramai saudara baru diluar sana yang berusaha mempertahankan iman dan islam mereka. Semoga Engkau memberi mereka nur dan hidayahMu dan memberikan aku kefahaman dalam Islam dan kekuatan untuk aku beramal dengannya, semoga Engkau jadikan kami orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ameen..