Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, February 9, 2009

Antara 2 cinta...


kala tuhan menguji hati tentang cinta
aku terpana seketika
antara dua cinta
manusia dan pencipta
yang manakah lebih berharga???

cinta manusia memandang paras rupa
sedang cintaNYA hanya pada taqwa
cinta manusia mengundang derita
sedang cintaNYA membawa bahagia

cinta tuhan Maha Esa
walau si kufur dan si kafir mengata
di manakah DIA???
hati bulat berkata
DIA ada
kehadirannya hanya dirasa
dalam hati manusia
yang meyakiniNYA

cinta tuhan Maha Esa
menyatu semua rasa
marah, sedih,kecewa
kasih, rindu, gembira
semuanya hanya keranaNYA

cinta tuhan Maha Esa
kupilih cintaNYA
dari segala cinta
walau jalan yang ditempuhi pelbagai rupa
warna pelangi tidak lagi ceria
ujian dan mehnah berganda-ganda
iman kadangkala bersuara
tuhanku mengapakah aku diuji sebegini rupa??
namun hati terus bermujahadah
semua itu tanda kasihNYA
supaya diri tak terleka
diulit fatamorgana dunia
kerana DIA berjanji untuk menghadiahkan syurga
buat hamba yang mencintaNYA

cinta tuhan Maha Esa
memiliki cintaNYA
kumiliki semua cinta...





Khadijah Abd Latip
UKM,Kolej Pendeta Za'ba
09.Feb.2009, 1:00pm