Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 27, 2008

why hijab??


Sewaktu sedang menunggu bermulanya program bicara helwani yang dianjurkan oleh ikatan studi islam atau lebih dikenali sebagai ISIUKM , seorang sahabat baikku menyatakan hasratnya untuk merubah penampilan diri.Penampilannya yang sedia ada itu sudah baik.Tetapi dia ingin berubah kepada satu tahap yang lebih baik lagi .Aku secara bergurau berseloroh kepadanya “Alhamdulillah,akhirnya dapat juga kawanku ini hidayah”dia hanya ketawa dan menolak bahuku.

Dia ingin merubah penampilannya dari bertudung tiga segi berbidang 60 kepada bertudung bulat dan labuh.Alhamdulillah ,hati kecilku mengucapkan syukur .Memang wajar perubahan yang ingin dilakukannya,kerana dia sebagai seorang mahasiswi pengajian islam menjadi cermin kepada mahasiswi yang lain.

Aku fikirkan perbualan itu hanya terhenti setakat itu sahaja.Rupa-rupanya dia betul-betul memaksudkannya.Keesokan paginya, pagi-pagi lagi dia sudah menjenguk ke bilikku untuk meminjam tudung.Alhamdulillah, kebetulan ada dua tudungku yang masih baru dan tidak mahu digunakan lagi kerana tidak cukup saiz ,aku berikan terus kepadanya.Oleh kerana badannya yang kecil sedikit daripadaku tudung itu sesuai sekali dengannya.Syukurlah sekurang-kurangnya tudung itu tidak terperuk lagi di dalam almari kerana jarang digunakan.Memang aku berhasrat untuk membuat tudung baru yang sama warna dengan tudung tersebut dan memberikan tudung itu kepada dia.
Aku teringat gurauanku kepada dia suatu ketika dahulu tatkala sedang melilin tudung yang baru selesai dijahit
“ bila pula hang nak pakai tudung labuh ni“
“ nantilah, biler hang bagi aku tudung hang “Alhamdulillah, kata-kata yang dahulunya hanya gurauan hari ini menjadi reality.
Cukuplah aku mendapat pahala dari tudung tersebut dan belanjer aku makan KFC biler dia berhasrat untuk membayar harga tudung tersebut.Alangkah senangnya hatiku, melihat sahabatku cantik mengenakan tudung tersebut.Moga istiqamah sentiasa mengiringi amal kami.




Kenapa perlu berjilbab/tudung labuh???



ALLAH taala berfirman dalam surah al-araaf ayat 26:

" hai anak adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH, mudah-mudahan mereka selalu ingat "



Jilbab adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh, atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas,kecuali muka dan tapak tangan, atau dalam kata lain tudung labuh.Jilbab juga tidak menampakkan bntuk badan.ALLAH memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman,serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik.



Memetik Firman ALLAH taala dalam surah al-ahzab ayat 59:
“wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu ,anak-anak perempuanmu,dan perempuan-perempuan yang beriman ,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar ) ,cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan baik-baik )maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah ) ALLAH adalah maha pengampun lagi maha mengasihani “


Alhamdulillah selain merasa tenang dan selesa ,tudung labuh memudahkan kita untuk menunaikan solat.Tak perlu lagi untuk membawa telekung atau menunggu giliran untuk meminjam telekung surau , jika tudung yang dipakai telah sempurna dan labuhnya menyamai labuh telekung.Malah bukan itu saja, masa yang digunakan juga dapat dijimatkan kerana tidak perlu lagi untuk bersusah payah mengenakan pin di kiri dan kanan bahu atau dibelakang kepala ( fesyen wardina ).
Mengambil semula ayat dari surah al-ahzab:
“ supaya dikenal sebagai perempuan yang baik-baik dan tidak diganggu “
Tudung labuh mengundang persepsi ramai orang bahawa si pemakainya mempunyai identity tersendiri dan berperilaku dengan perilaku yang baik.Mata mereka sentiasa memerhati adakah akhlak dan pakaian kita selari?.Dan pastinya sikap malu menguasai diri ,membina jati diri seterusnya menjadi muslimah sejati.


pernah ada seorang sahabat yang mengadu kepadaku
“ Aku rasa tak layaklah nak pakai tudung labuh ni..”.
Duhai sahabat bukan engkau sahaja yang turut merasa begitu.Aku juga turut melalui hal yang sama,merasa diri tidak layak .Tetapi ini bukan soal layak atau tidak, tetapi sejauh mana kita menepati suruhan ALLAH dan nabi Muhammad s.a.w. dalam soal menutup aurat.Ia adalah suruhan agama yang wajib dipatuhi tanpa sebarang alasan.







Antara ciri-ciri pakaian yang menurut syariat yang wajib kita patuhi ialah:




tidak menampakkan lekuk-lekuk tubuh ataupun yang tembus pandangan ( nipis )




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:




" dua golongan termasuk penghuni neraka yang belum pernah aku lihat seperti mereka ;iaitu sekumpulan orang-orang yang pada diri mereka terdapat cemeti seperti ekor sapi.Mereka memukul manusia dengan cemeti itu, dan para wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang membuka kain penutup dan berjalan berlenggang lenggok, di atas kepalanya seperti mahkota biduanita ( penyanyi ) yang melenggang lenggok.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapat baunya.Sesungguhnya bau syurga dapat diperolehi dengan cara begini dan begitu "




buka pakaian untuk dilihat di khalayak ramai ( fesyen ):




Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :




" diriwayatkan dr ibnu umar ia berkata " rasulullah s.a.w bersabda: barangsiapa yang mengenakan pakaian untuk dipertotonkan di dunia, maka ALLAH akan memakaikan pakaian kehinaan kepadanya pada hari kiamat."



tidak boleh memakai wangi-wangian:



Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata:" Rasullullah s.a.w. pernah bersabda: janganlah kamu melarang hamba-hamba ALLAH yang wanita mendatangi masjid ALLAH, tetapi hendaklah mereka pergi dalam keadaan tidak wangi."



Tidak menyerupai pakaian wanita kafir:



Kita telah dimuliakan oleh ALLAH melalui agama islam, alangkah ruginya kita seandainya masih meniru dari golongan orang-orang kafir. Rasulullah s.a.w. bersabda:



" Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia akan termasuk golongan mereka."



Tidak boleh menyerupai pakaian kaum lelaki:



bagi kaum lelaki mempunyai pakaian khusus yang khusus yang berbeza-beza dengan pakaian wanita.Masing-masing tidak boleh memakai pakaian yang lain. Dari Anas r.a. ia berkata bahwa "Rasulullah s.a.w melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."




Wallahualam bissawab..







2 comments:

putera_asQalan said...

Salam'alaik..

Alhamdulilla..
Kan bagus kalo post di atas di baca oleh semua wanita masa kini..

hihi..(",)

Cuma pandangan,
wanita sangat walaupun bertudung, tapi masih membuka aurat ditempat2 lain.
Contohnya, tak pakai stokin, baju lengan pendek..
hmm..nauzubillah..
sedih memandang wanita masa kini..[+_+]

Moga ALLAH tetapkan iman kite bersama..
insya-allah

putera_asQalan said...

Salam'alaik.
Semoga ALLAH merahmati kite sentiasa..[+_+