
Tuesday, February 24, 2009
Aku masih mencari..

Tika KAU memberi..
Tika KAU memberi
Aku terpaku sendiri
UntukMU segala puji
KAU beri cahaya nan suci
Menerangi ruang hati
Pergilah sepi
Pergilah sunyi
Apa pun dari MU asal KAU tak benci
Pastikan ku syukuri
Ku rela abdikan diri
Kerana aku hanya hamba abdi
Hamba kepada MU Ilahi...
Tulip Putih
1:04 pm, 24.Feb.2009
Kolej Pendeta Za'ba.UKM
Ya ALLAH, Pilihkan Untukku..!!

Friday, February 20, 2009
Of Mayonnaise and Coffee......


Mungkin hari ini kesibukan itu masih belum terasa, tanggung jawab juga masih tidak banyak. Masih punya banyak masa untuk berbual kosong, menonton tv, bershopping, berlingkar di atas katil, main ym, atau mengedit post untuk dimasukkan ke dalam blog..
Tapi ingatlah dalam 2 atau 3 tahun lagi, atau mungkin tidak sampai setahun, tanggung jawab dan beban yang akan dipikul pasti berubah dalam sekelip mata, tidak kira sebagai apa pun kita, sama ada sebagai seorang pekerja, isteri, suami, ibu atau sebagai seorang ayah kesibukan itu pasti akan kita rasai.
Mengambil kata-kata Professor tu balik
'the Sand is everything else...the small stuff..'
'the rest is just sand...'
Hal ini selari sekali dengan firman ALLAH Taala di dalam AL-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada ALLAH." Surat Az-Zariat: ayat 15-18.
Wallahua'lam..
Monday, February 16, 2009
Tidur menurut tuntutan Rasulullah s.a.w..

Atas dasar ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat berkempen bersama-sama saya untuk mengimbau, mengingati, dan mengamalkan kembali sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dalam amalan seharian kita.
Jom berkempen sekali!!
Saya percaya bukan saya sahaja yang dah lupa apakah adab2 dan amalan-amalan seharian yang kita lakukan seperti makan, minum, tidur, buang air, solat dan sebagainya sebagaimana amalan dan tuntutan baginda Nabi. Jadi sebagai seorang yang mengaku sayangkan baginda marilah kita sama-sama amalkan sunnah baginda...
Jangan lupa ajak kawan sekali..!!!
Kita mulakan perbahasan adab-adab Islam mengikut As-sunnah dimulai dengan bab tidur..hehehe, saya tau semua orang suka tido, saya pun suka banget..
I. TIDUR SEBUAH TANDA KEKUASAAN ALLAH
Allah berfirman.:
Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu diwaktu malam dan
siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan. (Q.S. Ar-Ruum: 23).
Allah juga berfirman:
Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat. (Q.S. An-Naba': 9).
Imam Ibnu Katsir berkata:
"Iaitu termasuk tanda-tanda kekuasaan-Nya Allah menjadikan sifat tidur
bagi kalian diwaktu malam dan siang, dengan tidur, ketenangan dan rasa
lapang dapat tercapai dan rasa lelah serta kepenatan dapat hilang". 1
II. ADAB TIDUR
habat Nabi setiap harinya". 5
tidurnya, nescaya dia akan mendapati bahwa tidumya baginda paling sempurna dan paling
bermanfaat bagi tubuh. Baginda tidur diawal malam dan bangun diawal sepertiga malam.
hat bagaimana shalatnya Rusulullah, beliau berbincang sejenak bersama
istrinya, kemudian tidur". 6
3. Dibencinya tidur sebelum lsya’ dan berbual setelahnya.
bercakap-cakap setelahnya. 7
pada percakapan yang tidak ada manfaat dan kebaikan didalamnya. 9
duniawi dan ukhrowi yaitu menjaga diri dan harta dari orang-orang yang
hendak berbuat jahat, terlebih lagi dari syaithon". 14
ventif sebelum terjadt kebakaran, apabila aman dan kebakaran -seperti keadaan lampu-
lampu masa kini-Pent maka tidaklah mengapa menghidupkannya. 15
hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhulah seperti wudhu kalian
untuk shalat". 16
Berdasarkan hadits:
2. Hendaklah mengebutinya tiga kali. 20
3. Membaca 'Bismillah' ketika mengebutinya sebagaimana hadits riwayat Muslim no. 2714.
4. Bagi orang yang bangun dari tempat tidurnya kcmudian kembali lagi, maka dian-
jurkan untuk mengebutinya kembali. 21
melihat aurat wanita yang lain, dan janganlah pria berkumpul dengan pria
lain dalam satu selimut, dan janganlah wanita berkumpul dengan wanita
lain dalam satu selimut". 22
wudhu kalian untuk shalat kemudian berbaringlah kesisi kanan! 24
merupakan keadaan yang paling baik bagi tubuh". 26
terlebih dahulu, diantaranya:
oleh syaithon ayat kursi kemudian dia berkata:
syaithon tidak akan mendekatimu hingga pagi." 27
berkata:
telapak tangannya lalu meniupnya seraya membaca surat Al-lkhlas, Al-
Falaq, An-Naas, kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan-
nya kebagian tubuh yang bisa diusap, dirnulai dari kepala, wajah dan
bagian tubuh lainnya sebanyak tiga kali ". 28
ayat terakhir dari surat Al-Baqarah barang siapa yang membacanya di-
waktu malam maka akan mencukupinya". 29
keadaan fithrah dan jadikanlah do'a tersebut akhir yang engkau ucapkan. 31
syaithon, maka apabila salah seoratg diantara kalian mimpi buruk hendak-
lah ia meludah kearah kiri dan mohonlah perlindumgan kepada Allah dari
kejelekannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memadhorotinya". 32
1. Mimpi ada dua macam: baik dan buruk, mimpi yang baik adalah dari Allah
sedangkan mimpi yang buruk dari syaithon. 33
orang yang menyukai. 34
kepada Allah, kemudian meludah kearah kiri sebanyak tiga kali, bepindah tempat,
shalat dua rakaat dan janganlah ia menceritakan kepada seorangpun. 35
menghampiriku, sedangkan aku dalam keadaan tidur terlungkup, lalu dia
membangunkanku dengan kakinya seraya berkata: Bangunlah! Ini adalah
bentuk tidur yang dibenci Allah, maka akupun mengangkat kepalaku ternyata beliau adalah Nabi. 36
dan itu adalah bentuk tidurnya syaithon". 37
mematikan kami dan hanya kepadaNya kami akan dibangkitkan ". 39
hidayah-Nya agar tetap istiqomah diatas jalan-Nya. Amiin. Wallahu A'lam.
p/s: mengantuknya.....nak tido dulu..na..jangan luper amalkan sunnahnya..
2Nihayah Fi Ghoribil Hadits 4/133.
3HR. Bukhari 939 dan Muslim 859.
4HR. Abu Nu'aim dalam At-Thib: 12/1, Thabrani dalam Al-Ausath: 2725, dihasankan oleh AlAlbani
dalam As-Shahihah: 1647.
5Fatliul Bari: 11/ 83.
6HR. Muslim: 763.
8Fathul Bari 1/278.
9Fathul Bari 1/278.
10HR. Tirmidzi 169, Ahmad 1115, dishahihkan oleh AI-Albani dalam As-Shahihah, 2781.
11HR. Bukhari 6296 dan Muslim 2012.
12HR. Bukhari 6293.
14Fathul Bari 11/104.
15Lihat Syarah Shahih Muslim 13/163.
16HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710.
17Syarah Shahih Muslim 17/197.
19Syarah Shahih Muslim 18/201.
20Fathul Bari 1 I/ /52.
21sebagaimana hadits riwayat Tirmidzi. 3410, dishahihkan oleh AI-Albani dalam; Kalim Thoyyib:
3410.
22HR. Muslim 339 dan Tirmidzi 2793.
24HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710.
25R. Bukhari: 6314, Ahmad 3/5, Abu Dawud: 5045.
26.frhul Bari 11/132.
27.H.R.Bukhari 2311.
29.HR. Bukhari 4008 dan Muslim 807.
30.HR. Bukhari 6312, Abu Dawud 5049, Tirmidzi 3417 dan Ibnu Majah 3880.
31.HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710.
32.HR. Bukhari 3292 dan Muslim 2261.
34.Fathul Bari 12/463.
35Lihat Fathul Bari I2/463, Syarah Shahih Muslim 15/421.
36HR. Bukhari dalam Adab Mufrod 1187, Tirmidzi 2768, Ibnu Majah 3723, dishahihkan oleh Al-Albani
dalam Shahih Adab Mufrod 905, lihat Al-Misykah 4719.
37'Aunul Ma'bud 13/261.
38HR. Bukhari dalam Adab Mufrod 1192, Abu Dawud 5041. Ahmad 5/79, dishahihkan oleh Al-Albani
dalam As-Shahihah 828. lihat pula Shahih adab Mufrod 908.
Tuesday, February 10, 2009
Atas nama CINTA.... > <
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka
Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini
Dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya
SyurgaNya
CintaNYa
Monday, February 9, 2009
Antara 2 cinta...

aku terpana seketika
antara dua cinta
manusia dan pencipta
yang manakah lebih berharga???
cinta manusia memandang paras rupa
sedang cintaNYA hanya pada taqwa
cinta manusia mengundang derita
sedang cintaNYA membawa bahagia
cinta tuhan Maha Esa
walau si kufur dan si kafir mengata
di manakah DIA???
hati bulat berkata
DIA ada
kehadirannya hanya dirasa
dalam hati manusia
yang meyakiniNYA
cinta tuhan Maha Esa
menyatu semua rasa
marah, sedih,kecewa
kasih, rindu, gembira
semuanya hanya keranaNYA
cinta tuhan Maha Esa
kupilih cintaNYA
dari segala cinta
walau jalan yang ditempuhi pelbagai rupa
warna pelangi tidak lagi ceria
ujian dan mehnah berganda-ganda
iman kadangkala bersuara
tuhanku mengapakah aku diuji sebegini rupa??
namun hati terus bermujahadah
semua itu tanda kasihNYA
supaya diri tak terleka
diulit fatamorgana dunia
kerana DIA berjanji untuk menghadiahkan syurga
buat hamba yang mencintaNYA
cinta tuhan Maha Esa
memiliki cintaNYA
kumiliki semua cinta...
Tuesday, January 20, 2009
E-mail dari Melbourne...
Tarikh:
Thu, 11 Dec 2008 12:17:34 -0800 (PST)
Daripada:
"Bonda Zanjabil" bonda.zanjabil@yahoo.com
Subjek:
Salam Aidil Adha
Kepada:
Sekarang berada di Spring Valley, south eastern of Melbourne, di rmh Pak Yuli asal Jakarta. Jam 6:53pg. Sini summer time, siang panjang malam pendek. Subuh jam 3:58pg, Zuhur 1:35 ptg, Asr 5:17ptg, Mgrb 8:47 mlm, Isyk 10:35mlm. Suhu & cuaca di Melbourne tak menentu, kejap panas, kejap sejuk ( tp sejuknyanya lebih lah) siang 20~24 darjah C, subuh 12~18 darjah C, smoga my Artritis jd asbab hdyat. Sekarang kami di rmh yg ke9. Kami cam gi round Asia in Australia, Rmh pertama Msia, rmh k2 BnglaDesh, k3 Indonesia, k4 SriLnka, k5 India, k6 Pkstan, k7 African Egypt, k8 Fijian Aussie, k9 Indonesia. Sini budaya berbeza tp dlm 1 wadah yaitu Islam & buat Tabligh, sgt Unik. Kami akan berada diMelbourne hgga rabu depan, 16/12/08 bergkat keSydney. Org di Mlbn ni sgt bagus nusrahnya. Nnt blk cerita, skrg nk pen off sb mata dh tak larat nk buka., yg lain dari jam 5:15 lps pgrm lps subuh dh mimpi...assalamualaikum.
Surat elektrik dari Melbourne ini, saya terima pada hari raya Aidiladha yang lepas, tetapi baru di buka seminggu selepas semester baru bermula kerana tiada internet di rumah. Saya kagum dengan semangat mereka, mereka berusaha untuk menjalankan nusrah agama, bila mana mereka tidak terpilih untuk ikut serta dalam usaha dakwah ini, satu kerugian bagi mereka . Sedangkan saya...??? saya sentiasa berdoa semoga suatu hari nanti saya juga dapat mengikuti jejak mereka..
Mungkin ada yang akan bertanya kepada saya adakah saya ini tabligh..???
Ya, saya memang tabligh, kita semua adalah tabligh. Tabligh adalah salah satu dari sifat Rasulullah s.a.w. Berasal dari bahasa arab tabligh membawa maksud menyampaikan. Malahan terdapat banyak ayat di dalam al-quran yang menyebut tentang tabligh.Menjadi satu tanggung jawab kepada kita yang mengaku sebagai seorang muslim dan umat nabi untuk menyampaikan.Sampaikanlah walau satu ayat sekalipun...
Mungkin juga ada yang berkata "ah, ilmu aku tak tinggi mana" atau "siapalah aku ini, tak layak untuk menyampaikan"
atau ada juga yang akan berkata "pak ustaz kan ada..."
Tiada manusia yang dilahirkan sempurna kecuali Nabi kita Muhammad s.a.w. yang maksum. Sebenarnya jemaah tabligh bukan hanya keluar untuk berdakwah semata-mata tetapi mereka juga keluar sambil mendalami ilmu. Sebenarnya ramai yang tidak tahu dalam kalangan jamaah tabligh sendiri terdapat ramai hafiz dan hafizah serta alim dan alimah yang mendalami ilmu agama lebih dari pelajar-pelajar di Universiti....
Tabligh..
Bila mendengar perkataan ini, saya yakin sahabat-sahabat pasti punya pandangan sendiri. Mungkin ada yang terbayang sekumpulan manusia yang lelakinya berjubah putih dan berserban, manakala kaum wanitanya pula berpurdah dan berpakaian serba hitam, mengetuk pintu dari satu rumah ke satu rumah.Dan lagi.., ada juga yang mungkin menganggap bahawa tabligh ni sama macam persatuan atau badan-badan NGO lain atau ada juga yang mungkin menganggap bahawa tabligh ni menolak politik dan bermacam-macam lagi perspektif yang positif mahupun negatif.Saya pernah bertanya banyak pendapat tentang tabligh kepada kenalan-kenalan saya, jawapannya ada yang positif dan ada yang negatif. Tidaklah perlu untuk saya nyatakan apa pandangan mereka tentang hal ini, kerana saya juga yakin yang sahabat-sahabat juga punya pandangan yang sama seperti mereka.
Kenapa mempersoalkan???
Kenapa mempersoalkan siapa mereka??, Apa yang mereka lakukan??, Adakah betul tindakan mereka?. Tetapi kenapa kita tidak mempersoalkan kepada diri kita sendiri 'apa yang aku lakukan selama ini untuk islam?', 'Dimanakah tenaga, dan harta telah aku sumbangkan?', 'kemanakah perginya ilmu yang selama ini aku pelajari?', 'sejauh mana aku beramal dan ikuti sunnah nabi?'.
Kenali dahulu mereka..
Sepanjang mengenali mereka, tiada ajaran sesat, mahupun sesuatu yang bercanggah dengan islam yang saya jumpa .Malahan saya amat tersentuh hati melihat keikhlasan hati mereka. Subhanallah, dakwah yang mereka lakukan ikhlas kerana ALLAH taala, mereka tidak merebut nama, mahupun sanjungan masyarakat, apa lagi kerana mahukan harta atau dunia, sedangkan mereka ini bukan sahaja terdiri dari orang awam, tetapi juga dari kalangan pelajar-pelajar, mahasiswa-mahasiswa, golongan-golongan profesional, ustaz, para huffaz dan orang-orang kenamaan. Tawakal mereka tinggi kepada ALLAH taala.Anak bini yang mereka tinggalkan selama menjalankan kerja-kerja dakwah, mereka serahkan kepada ALLAH taala, dan masyaALLAH, ALLAH telah menjaga mereka dan memberi kefahaman kepada mereka. Jika kita mempersoalkan tindakan mereka kerana meninggalkan keluarga dalam tempoh masa yang lama, cuba kita menelusuri kembali sejarah kegemilangan islam, yang mana para pejuang islam terdahulu juga melakukan hal yang sama dan meletakkan tawakal mereka yang tinggi kepada ALLAH taala. Jika kita masih hendak mencari alasan untuk berhujah, cubalah renungi maksud firman ALLAH taala ini:
"Katakanlah:. "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum
keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah
tempat tinggal yang kamu sukai, adalah kamu cintai lebih dari Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad
di jalannya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang fasik". At-Taubah: 24
dan juga ayat ini..;
"Barangsiapa yang inginkan keuntungan di akhirat, akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang
siapa yang mahukan keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan
tidak ada baginya satu bahagian pun di akhirat." As-Syuura: 20
serta ayat ini..
"hai orang-orang yang telah beriman!, kalau kamu membantu ALLAH barulah ALLAH akan membantu kamu dan menjadikan kaki-kakimu tegak (terhadap musuh kamu)." Muhammad, 47:7
Saya berani untuk menulis tentang hal ini, kerana saya pernah merasai dan hidup bersama mereka. Bukan juga saya menulis hal ini kerana darah yang mengalir dalam diri saya sama dengan darah mereka, tetapi atas rasa tanggung jawab untuk membuka mata mereka yang memandang sinis pada jamaah tabligh.
Subhanallah, sepanjang mengenali mereka, saya merasa seperti hidup di zaman Rasulullah s.a.w. Jika baginda masih hidup, pasti senyuman yang akan terukir di bibir baginda. Bukan saya terlalu memuji tetapi itulah yang saya lihat dan saya alami. Dari sekecil-kecil sunnah sehinggalah kepada yang paling besar, mereka sangat menjaganya. Dari saat bangun dari tidur sehinggalah kembali memejamkan mata, islam adalah cara hidup mereka. Solat 5 waktu mereka pelihara dan tepati waktunya, yang lelaki akan menunaikan solat di Masjid pada setiap waktu dan kaum wanitanya pula akan solat di rumah. Di sepertiga malam pula, qiamulail dilakukan secara berjemaah antara suami isteri. Indahnya Iman (astro oasis )... Ilmu yang mereka perolehi walaupun sedikit mereka akan terus beramal dengannya.. tepuk dada tanyalah iman kita, sejauh mana pencapaian kita hari ini??
Keliru..??? Jangan keliru!.
Mungkin ada sahabat-sahabat yang sedikit keliru.Tabligh bukanlah satu anutan atau pegangan mana-mana mazhab dan tidak juga percampuran mazhab-mazhab yang ada. Tetapi tabligh disebarkan dan menjadi nusrah agama di merata negara di dunia sama ada di asia mahupun eropah yang mana terdapatnya orang-orang islam di sana. Bukan semua umat islam bermazhab dengan mazhab Syafie, dan bukan semua umat islam bermazhab dengan mazhab Hanafi, begitu juga halnya dengan mazhab Hanbali dan Maliki , ringkasnya di sini semua mazhab ini melakukan tabligh, yang mana perbezaan budaya, bahasa, adat resam apatah lagi mazhab tidak dapat menjadi penghalang kepada mereka, kerana mereka punya satu wadah iaitu Islam dan buat Tabligh.Jika ada pula yang mempersoalkan akan kitab Fadhail amal yang digunakan, saya cuma boleh menasihatkan supaya kajilah dahulu kitab itu, 'dont judge a book by its cover', kerana kitab tersebut telah berulang-ulang kali dikaji dan diperhalusi..
Kerana nila setitik habis susu sebelanga..
Jangan salahkan susu sebelanga jika apa yang anda jumpa dan temui tak sama seperti apa yang saya khabarkan, kerana seperti apa yang saya katakan tadi bahawa tiada manusia yang sempurna, kecuali baginda Rasulullah s.a.w.Nilailah dengan mata hati, bukan dengan emosi. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi dalam menempuhi hidup ini ,terlalu banyak persimpangan yang perlu dilalui, kadang-kadang tersadung akar kayu, terpijak duri di tengah jalan, kita sangkakan panas sepanjang hari tapi tiba-tiba hujan pula yang turun di siang hari, tetapi disebalik hujan yang turun itu ada hikmah yang tersendiri, nikmat yang diberi pada manusia agar bumi tidak kering kontang dan manusia dapat pula menggunakan air itu. Selepas hujan reda pasti ada pelangi yang menerangi, indahnya warna-warni pelangi seindah musim-musim iman yang mewarnai..
Akhirul kalam dari insan faqir, semoga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa saya dan semoga ALLAH melindungi saya dari sebarang kebatilan dan kesalahan yang tidak sengaja saya lakukan. Biar apa pun jalan dakwah yang sahabat-sahabat tempuhi, kita semua adalah sama iaitu Islam sebagai penunjangnya dan ALLAH dan Rasul lah matlamatnya. Kita hanya menilai dan memilih, bukan menghukum..
Teringat pesan makcik (bonda zanjabil) kepada saya;
"ijah, kita tak mampu untuk beri hidayah kepada sesiapa pun yang kita kehendaki, kerana hidayah itu milik ALLAH, kita hanya boleh berdoa supaya ALLAH beri hidayah dan kefahaman kepada mereka"
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada seorang yang kamu kasihi, tetapi Allah
memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya". Al-Qasas: 56
Wallahua'lam...........
Thursday, October 30, 2008
Tahajudku
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)

Tatkala malam tiba
Kita bercanda mesra
Mengungkap kata-kata
Meluahkan rasa
Ibarat uda dan dara
Yang sedang hangat bercinta
Ketika bersamamu
Malam begitu cemburu
Ingin cepat ia berlalu
Katanya matahari sudah menunggu
Dia tak mampu membantu
Hatiku jadi sayu
Mengapa selalu begitu
Aku takut esok bukan lagi untukku
Tatkala rindu pada tuhan yang satu
Engkau selalu berseru
Jangan tinggalkan daku
Perbaikilah diriku
Nescaya engkau akan merasa tuhan selalu di sisimu
Tatkala aku alpa
Lena dibuai alunan mimpi
Engkau menjagakanku
Mengetuk mimpiku
Bicaramu sayu
aku rindu kamu
Aku berjanji akan selalu menjagamu
Tatkala aku terleka
Bermanja dan bermesra bersama indahnya fatamorgana
Engkau menangis hiba
Monologmu bermaharaja lela
Mengharapkanku bersama
Menelusuri malam yang gelap gelita
Mencari cinta yang maha esa
Maafkan aku
Kerana sering membuatmu tertunggu-tunggu
Saban hari aku berjanji
saban malam jua aku memungkiri
Munafikkah aku?
Kini aku kembali
Menguak pintu
Membenam rindu
Langkahku jadi kaku
Melihat kau tersenyum padaku
Ketika itu aku tahu
Rajukmu sudahpun berlalu
Pun yang berlaku
Jangan biarkan malamku sepi berlalu
Sehingga tiba saat waktu
Maut menjemputku
Terimalah tahajudku
Bantulah aku memeliharanya
Moga ia menjadi pendampingku
Untuk bersama para kekasihmu..
Wednesday, October 29, 2008
Thank you for being my friends...
Thank you for being there when I needed you...
"kenangan yang terindah bukan pada pertemuan setiap masa, bukan juga pada jauh jarak masa bersama, tetapi cukup sekadar doa tulus ikhlas dari seorang sahabat"





