Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 26, 2009

Impianku..~ ~

Satu hari kalau tak update blog rase cam tak best.Hari ni dan lepas ni sibuk sikit nak siapkan assignment, jadi nak post baru yang ringkas jer, tentang gambar ni. Gambar yang bukan sebarang gambar kartun tapi tentang sebuah impian, usrati saidah~ impianku. Kalau cerita dengan sahabat2 tentang cita2 rasa malu jg, sbb depa semua punya cita2 tinggi~ nak jadi cikgu,pensyarah, bisness women, arkitek macam2 lg..tapi saya???.Begitu juga bila setiap kali pegi program bila isi borang biodata diri bila sampai nak isi cita2 termenung sat..saya nak jadi apa yer?? sedaya upaya perah otak, cuba juga paksa diri nak punya cita2 macam orang lain, tapi tak nampak cahaya di hujung terowong..huhu. walaupun di takdirkan masuk Universiti tapi tak pernah aim nak kerja apa. Apa yang ada dalam fikiran tentang cita-cita adalah impian nak jadi seorang wanita solehah, anak yang solehah, isteri solehah dan yang paling penting nak jadi khalifah Allah yang solehah. Emmm cita-cita ni saya rasa lagi susah nak capai, perlukan usaha yang kuat dan berterusan. Doakan saya ye sahabat-sahabat.Apa pun biar Allah yang pilihkan untuk saya..~ InsyaAllah .Semoga impian menjadi kenyataan..

Wallahua'lam..

7 comments:

Farrah UNIMEL said...

wahai adikku khadijah... khadijah mempunyai cita-cita yang bagus. malah setiap orang juga ingin menjadi soleh dan solehah cuma bergantung kepada keinginan mendalami ilmu keagamaan juga pengamalan masing-masing.
namun begitu, wanita yang solehah yang berjaya di dunia dan akhirat itu bukanlah hanya berbakti kepada suami dan keluarga, akan tetapi berbakti kepada agama dan negara. contohnya macam sayyidatina khadijah, beliau pun turut menyumbang sesuatu kepada agama, beliau pedagang yang luarbiasa hebatnya.justeru beliau boleh bersedeqah menanam saham untuk akhirat juga dapat membantu suami tercinta dalam mempermudahkan urusan keagamaan. begitu juga sayyidatina aishah, rabiatul adawiyah, mereka merupakan tenaga pengajar juga pendakwah yang menyebarkan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

kalau ditinjau dan diletakkan pada zaman sekarang, sayyidatina khadijah adalah ahli perniagaan wanita yang hebat manakala sayyidatina aishah adalah guru yang hebat. hanya 2 contoh yang akak bawakan disini.
dalam hidup, kita harus matlamat dan cita-cita barulah kita tidak berbelok-belok ke mana-mana. semoga Allah memimpin kita dan memberi kekuatan kepada kita agar bisa kelak menggapai firdausi.

*sama-sama kita renungkan,terutama kepada penulis.

Anonymous said...

Semoga Allah mengabulkan apa yang antum impikan...

Anonymous said...

semoga Allah mengabulkan apa yang atum impikan...amin.

Ibnurashidi said...

Salam...

Semoga impian itu menjadi kenyataan..

Jemput komen di..

http://ibnurashidi.blogspot.com/2009/03/satu-tinjauan-pemuda-hari-ini-pemimpin.html

Sofinee Harun said...

Salam Khatijah,

Tidak ada cita-cita yang lebih mulia selain menjadi isteri solehah dan ibu yang bertanggungjawab terhadap amanah yang di beri.

Sahabiah di zaman sahabat, itulah yang menjadi tanggungjawabnya dan juga membantu agama Allah. Khatijah r.ha adalah perniaga tetapi setelah berkahwin dengan Rasullullah, beliau telah membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah s.w.t. Beliau telah berada di sisi baginda dan kerja utama beliau adalah sebagai isteri, ibu dan pembantu agama. Begitu juga Aishah. Beliau di kenali sebagai guru adalah kerana ilmu yang ada, tetapi pengajaran beliau adalah terhad dan tugas beliau yang utama adalah seperti khatijah .r.ha.

Adalah menjadi Fardu Kifayah untuk tugas tugas seperti Guru dan doctor, tetapi meletakkan pekerjaan yang tinggi sebagai isteri dan ibu adalah penting. Cita-cita Khatijah pada akak adalah mulia. Sama seperti impian akak suatu masa dahulu sebelum berkahwin.

Alhamdulillah, akak pernah bekerja, bila di uji untuk membantu keluarga, tetapi di sebabkan impian yang kuat untuk menunaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak2, akhirnya impian tercapai.

dari pengalaman akak bekerja sambil bekerluarga, walaumacamana kita berkata boleh dan cuba menjadi superwoman, sesungguhnya tidak akan berjaya menakluk dalam dan luar. Kita akan gagal one or another, lebih takut lagi keduanya. Sukar untuk mencari seorang yang berjaya keduanya sendiri. Mau atau tidak, kejayaan itu pasti di bantu oleh pembantu yang akan mengambil alih sebahagian dari tanggungjawab kita dan juga pahala yang sepatut kita dapat.

Mustahil untuk berjaya keduanya. I used to think, I can be superwoman and used to work up to 16 hours a day plus back home, cooking, cleaning but no more time to actually sit and teach kids properly.

Now, all my kids sre homeschooling. Alhamdulillah I manage to stay home, look after hubby and kids properly. And I was busy 24/7 all weeks, months and years. There no way to complete every task if I had to divide my time outside as well. And one of the reason all the social problem happen is because we don't follow nature anymore. Woman start fill in responsibility outside, come back home tired and fail to complete amanah given by Allah. And then we start to blame school, internet, t.v. and etc. We never think about how we had fail first and foremost to complete our responsibility.

Gping to Uni is good and don't need to think your target of being pro and working. Cita2 cita sebagai isteri yang soleh dan ibu yang bertanggungjawab adalah yang paling sukar. That's why woman love to go to work and stay outside home more than inside. It's not an easy job. Lots of woman that used to work, come here to UK to accompany husband had fail dan stress out because they had to stay home and look after their household. They are profesional and had stress out when they had to stay home. Because there's too many things and it's non stop work at home.

But, going to Uni is good to get a knowledge. Because to be a mother we also a teacher to our kids. So, to learn is obligatory and important for a mother to be!

starz said...

semoga ape yg di impikan menjadi satu kenyatan... cpt2 la mendirikan rumahtangga..huhu

Khadijah A.L said...

Ameen..