Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, October 19, 2009

Aku ingin terbang~



Angin, bawaku terbang..
terbang tinggi melayang-layang
merasai lembutnya belaian
bermanja dalam khayalan

Angin, bawaku terbang..
aku ingin mencapai awan
menggantung harapan
seputih warna awan
di dada langit yang kesepian

Angin, bawaku terbang..
aku ingin mencapai bintang
kilauan yang mempesonakan
ku ingin jadikannya kerongsang
dalam meniti kebahagiaan

Angin, bawaku terbang..
aku ingin melihat bulan
biar indah rupanya dari perkhabaran
ku ingin hadiahkannya sebuah senyuman
tanda sebuah kesyukuran
kerana cahayanya menyuluh kegelapan

Angin, bawaku terbang..
aku ingin melihat mentari siang
biar teriknya membahang
sedaya upaya kan ku cuba menahan
aku ingin mengucapkan kata sayang
tanda sebuah penghargaan
kerana membakar dirinya memberi penghidupan

Angin, bawaku terbang
aku ingin mengintai syurga impian
yang selama ini aku khayalkan
mengintai keindahan
dan kedalaman kenikmatan

Lalu...
aku tak ingin pulang..
berharap syurga impian menjadi kenyataan..
Kebahagiaan sebuah pengakhiran..
Ku Ingin berada di sisi Tuhan
Maha pengasih, Maha penyayang..



Khadijah Abd Latip.Tuesday,Oct 20,2009.
Kolej Pendeta Za'ba.UKM,Bangi.








5 comments:

najah said...

ak juga ingin terbg..stinggi n seteguh putihmu awan...

semaniskismis said...

aku kagum dengan ukiran puisimu ini....sungguh mempersonakan...

Azila said...

salam ziarah...indah puisi ni.
sy blaja di uitm shah alam..tp skrg duk di bangi sebab tgh praktikal d putrajaya..
ukhti sem bpe sekrang, ambil apa

Anonymous said...

ak juga ingin terbg..stinggi n seteguh putihmu awan...

Khadijah A.L said...

to najah:

Silakanlah terbang wahai cik najahku sayang..hehe..ada rezeki kita naik kapal terbang sm2 yer..

to semalu senja:

sahabat..
puisiku tiada yg istimewa..kamu lbh istimewa..hihi..

to pengemis redha (N.A.Y):

syukran ukhti..sy sem 5, ambil jurusan antropologi dan sosiologi..

to anonymous :

sama kata-katanya ngan cik najah..nak naik kapal terbang sm2 k? ",