Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, October 23, 2009

Jalan menuju bahagia?

Dalam hidup ini ada diantara orang yang kita temui memberi inspirasi kepada kita. Dan kadangkala kita mendapat pelajaran hidup yang paling bermakna daripada mereka..

Jangan pandang hina pada orang lain yang lebih rendah daripada kita, tanpa kita sedari dia rupanya lebih mulia daripada kita. Berkali-kali kata-kata ini menerjah mata hati tatkala mata tidak dapat menutup mulut-mulut bising yang membingit hati, mencoba untuk menghasut sifat ujub supaya mempamerkan diri.

Boleh jadi orang yang kita hina, suatu hari nanti lebih baik daripada kita. Hatta orang bukan Islam juga kita dituntut supaya bersangka baik dan mendoakan mereka.

Setiap orang yang hidup di muka bumi ini sudah pasti menginginkan kebahagiaan. Tetapi maksud bahagia itu apa?. Ada orang bahagia kerana punya harta kekayaan melimpah ruah, ada orang bahagia kerana punya suami yang kacak, dan ada pula yang sebaliknya bahagia dengan hidup yang sederhana. Bahagia itu punya ukuran, dan terpulang kepada diri setiap individu itu untuk mentakrifkan makna bahagia dalam hidupnya.

Tetapi bahagia yang paling bermakna sekali adalah bila kita memberi tanpa mengharapkan balasan. Itu namanya ikhlas..

Arghh... ikhlas..? menyebutnya amat mudah, tetapi Sukar sekali untuk mengaplikasikannya dalam hati..

Mana ada orang yang memberi tanpa mengharapkan balasan. Jikalau adapun sudah pasti dia adalah antara manusia yang punya hati seperti Nabi.

Tetapi keikhlasan itu perlu dicari, bukan ditunggu. Dan keikhlasan itu perlu dilatih dengan mengabaikan suara-suara sumbang yang cuba menghasut hati..

Ah, enaknya ngomong, tapi praktiknya...?

Kamu jawablah sendiri, kata saya kepada hati.

Inilah realiti formula untuk hidup bahagia. Bila kita memberi untuk mendapatkan balasan, kita pasti kecewa jika pulangannya tidak lumayan. Kemudian yang sakit adalah hati..

Kemudian.. kita mulai takut untuk memberi, lagi dan lagi. Kita mulai takut untuk menyayangi lagi dan lagi. Dan kita mulai takut untuk berbuat baik kepada semua orang. Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Hidup ini akan jadi mudah jika kita memudahkannya, tetapi akan jadi sangat sulit bila kita menyulitkannya. Kata seorang filosofi masalah bukan untuk difikirkan tetapi untuk diselesaikan.

Kata seorang pensyarah saya, ketakutan sebenarnya adalah penyakit. Penyakit jiwa mungkin. Sebagai seorang Islam mengapa kita harus merasa takut kepada selain daripada Allah.

Kita merasa takut jikalau gagal meraih prestasi tinggi
kita merasa takut untuk berhadapan dengan makhluk
kita merasa takut untuk menghadapi peperiksaan
kita merasa takut jika tidak mendapat pekerjaan yang selayaknya

Mengapa kita perlu rasa takut?, bukankah kita punya Allah?

kata pensyarah saya lagi"jah, awak tak perlu takut. Awak berusaha dan buat yang terbaik. Keputusan seterusnya serah pada Allah"

Keputusan yang kita perolehi pula adalah takdir. Kata pensyarah saya yang lain pula, dalam hidup ini tidak ada yang dinamakan kebetulan, itu adalah perkataan orang yang tidak beriman. Tetapi perkataan yang sebenar dan paling tepat, sekali lagi, adalah takdir.

Bila kita mengatakan sesuatu yang terjadi itu adalah kebetulan, apakah kita cuba mentakrifkan bahawa Allah itu tertidur atau Allah itu cuai dan ada saja yang terjadi tanpa ditakdirkannya. Sedangkan dalam masa yang sama kita percaya bahawa Allah itu mengetahui apa yang terjadi sebelum dan selepas. Ah, rumitnya untuk memahami..

Dan kita pula mula membahaskan, jika ada takdir kenapa manusia disuruh berusaha?. Bukankah takdir juga adalah ujian untuk menguji keimanan kita..

Sebab itulah sebelum kita berusaha, kita perlu bertawakal. Dan ada pula yang membantah, kita perlu berusaha dulu barulah bertawakal..?


Tawakal itu, yang sebenar-benarnya adalah mengeluarkan dan membuang jauh sebarang bentuk pengharapan kepada makhluk dan memasukkan pengharapan yang sebenar-benarnya kepada Allah.

Jadi, kita minta tolong dulu daripada Allah, kemudian baru beruasaha, kalau berjaya itu maknanya daripada Allah. Cuba kita berusaha dulu kemudian baru minta pada Allah, kemudian bila berjaya kita lupa Allah yang bagi kita berjaya, dan kita anggap kerana usaha kita tu yg sebabkn kita berjaya..

p/s-Terlalu banyak yang terjadi yang menyebabkan saya berfikir dan membuat kesimpulan seperti ini..

0 comments: