Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 6, 2009

Hadiah seorang ayah seperti ayah rupanya hanyalah pinjaman..




Redhakah saya bila mana tiada air mata lagi yang mengiringi pemergiannya
Redhakah saya bila mana hati ini merasa yang dia masih ada
Redhakah saya bila memandang telefon terasa ingin menghubunginya

Dia pergi meninggalkan semua orang yang disayanginya dengan tiba-tiba
menghantar alamat pemergian tanpa disedari
meninggalkan lambaian terakhir buat bonda
meninggalkan kata-kata semangat buat kami
Dia tahu....dia akan pergi..

seorang guru mengaji saya
seorang teman baik saya
dan....seorang ayah....
telah pergi tinggalkan saya
sekelip mata..

Al-Fatihah
buat almarhum arwah ayah
Abd Latip M.Basir
yang telah pergi menemui Ilahi pada 29.10.2009
jam 4.15 ptg, bersamaan hari Khamis..


Sudah seminggu pemergian ayah..
Semoga roh arwah dicucuri rahmat
dikurniakan sebaik-sebaik tempat istirehat
tempat istirehat para mukminin, orang-orang soleh, para syuhada dan para anbiya'
di syurga firdausNYA

Ayah..
rehatlah dikau di sana
setelah bertahun engkau korbankan dirimu
buat kami semua

Sabda Nabi saw

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

arwah ayah seorang yang sangat baik dan lembut terhadap keluarganya
dan sangat baik terhadap wanita..


hadiah seorang ayah seperti ayah
sebenarnya hanyalah pinjaman
dan saat DIA telah berjanji untuk mengambil kembali
barang pinjaman tersebut
DIA akan menunaikan janjinya
dan tidak akan melewatkannya walaupun sesaat
dan tidak juga mencepatkannya walaupun sesaat

Allah,
beri kami redha dengan pemergiannya..
kurniakanlah dia sebaik-baik balasan dari sisi MU..

...............


manisnyaapple@gmail.com


10 comments:

Tirana said...

Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama orang2 yang beroleh keuntungan.

peridot sepi said...

salam takziah...
tabahkan hati...

najah said...

sahabatku..
tabahkn hatimu..kuatkan tekadmu..ku tahu kau mampu..jadilah seorang anak yg dpt m'bahagiakn merk adisana.

Mudah- mudahan roh arwah ayahmu, dicucuri rahmat oleh Alah..
amin..

Olive Tree Guitar Ensemble said...

Hi, it's a very great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!

Edi Anje said...

Takziah.. Al-Fatihah utknya..

wong fei hong said...

bersabarlah kerana orang yang beriman pastinya diuji oleh Nya
untuk keteguhan iman,harta, keluarga,adalah ujian

Hazwan Mohd Nor said...

al-fatihah..

Hazwan Mohd Nor said...

al-fatihah..

no_cha said...

to my cousin...
kite yg idup harus m'neruskn kehidupn nie..kau harus tabah menempuhinyer...jgn lupa m'doakn ayah....

no_cha said...

to my cousin...
kite yg idup harus m'neruskn kehidupn nie..kau harus tabah menempuhinyer...jgn lupa m'doakn ayah....