Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, June 1, 2010

Saat Cinta Bertasbih...




Saat cinta mula bertasbih
Lewat rindu kepadanya
Ada getar yang mengalir
Menyusup dalam dada
Degup-degup jantung mula bersuara
Membilang-bilang namaNYA

Air mata sang penglipur lara
Dahulunya diam dan membisu
Kini kembali bercerita
Sebuah ceritera
Tentang keagungan dan kehebatanNYA
Satu persatu molekul-molekul keinsafan
Tanpa alpa
Menghapus titik-titik noda

Hati yang dahulunya gersang
Segersang padang sahara
Kini berubah panorama
Menjadi sebuah taman
Bersama indahnya musim-musim iman
Semuanya mengalir lembut
Selembut bayu nan berpuput
Menyatu dalam darah
Bersama zarah-zarah mawaddah

Dalam sebuah kisah
Pengharapan seorang hamba
Tentang
Keampunan dan
Cinta
Tuhannya..



Majalah Solusi, Isu No.20.june,2010.
Khadijah Abd Latip
UKM,Bangi


.............................................

~Alhamdulillah~
Terima Kasih kepada ketua editor Majalah Solusi, En. Pahrol Mohd Juoi di atas kesudiannya menyiarkan puisi saya..

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah....tahniah ijah...semog berterusan...insya-Allah

Faridrashidi said...

Salam,

Tahniah, teruskan mencoret sesuatu di atas kanvas kehidupan.

Ishak Zaini said...

ya Allah.. ku tagih cintaMu..

Anonymous said...

Tahniah..
Wah!!!..la nie dah popular, masuk majalah..
tak lama lagi adalah yg sudi melamar...heee

tulip putih said...

Errr..siapakah gerangan anonymous ini?..Insyaallah bakal dilamar, tp dgn pekerjaan he3