Tahun
2011 berlalu sudah, yang tinggal hanyalah bekas jejaknya yang
tertinggal rapi di dalam hati. 2012 pula hadir dalam usia yang menginjak
dewasa. Bersama tahun baru yang hadir, azam baru, tak mahu tertinggal
sama. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Banyak
impian yang terpaksa ditinggalkan, semoga satu hari nanti, impian ini
kan jadi kenyataan. Azam baru hadir bersama hadirnya pelajar-pelajar
baru, kelas yang baru di cat dengan contengan berwarna-warni menambah
semangat guru, semoga nanti murid-muridnya juga begitu, menjadi
pelajar-pelajar yang bersemangat menambah ilmu ukhrawi, dan semoga
menjadi khalifah di muka bumi ilahi. Amin..
.............................................................
ya Allah, berikanlah daku kesabaran dn ketenangan dalam menghadapi hidup di dunia ini
~Amiin~
0 comments:
Post a Comment