Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 19, 2009

" Ughh..cemburunya saya.."



Mungkin nenek, dan 2 orang lagi ibu saudaraku ada di dalam pesawat ni, selamat jalan semua..i love u.


"Jah, engkau tak nangis ke?" salah seorang ibu saudara mengusik saya.

" nangis dalam hati je" saya tersengih memandangnya.


Sebenarnya hati ini turut merasa sebak melihat pemergian mereka. Lewat asar tadi ummi menghantar mesej pemberitahuan bahawa nenek dan 2 orang lagi ibu saudara saya akan bertolak mengerjakan umrah pada hari ini.


Sekitar jam 6 ptg, pakcik yang tinggal di Bangi mengambil saya. Bersama isterinya, kami sampai di KLIA sekitar jam 7. Saudara mara yang lain sudah sedia ada di sebuah restoran bersama orang yang diraikan, satu persatu tangan mereka saya salami. terlerai juga rindu akhirnya. Hari sabtu yang lalu, saya tidak dapat hadir kenduri keluarga, jadi peluang untuk berjumpa mereka hari ini tidak saya lepaskan walaupun terpaksa menyusahkan pakcik Adam yang saya sayangi, (pakcik Adam kalau baca ni senyum banyak yer, ") )


Dalam lingkungan jam 8.30, orang yang diraikan pergi meninggalkan kami, pergi menjadi tetamu Allah. Terbit rasa cemburu di hati kerana tidak pernah tersenarai sebagai tetamu Allah seperti mereka, apa lagi di bulan Ramadhan yang mulia. " ughhh..cemburunya....bila la agaknya masa saya ya!"


Melihat pemergian mereka hati merasa sedih, sedih kerana sepatutnya saya turut tersenarai dalam rombongan umrah tersebut. Namun saya redha kerana Allah belum pilih saya jadi tetamuNya. Pemergian mereka saya iringi dengan doa dan harapan. Doa supaya segala urusan dipermudahkan, disihatkan tubuh badan mereka dan segala ibadah mereka di sana nanti diterima oleh Allah. Dan saya iringi dengan harapan semoga hari raya tahun ini saya dapat menyambutnya bersama mereka.


Kepada mereka saya titipkan pesan sebuah doa, dengan harapan Allah kabulkan. Berkali-kali saya ingatkan kepada ibu saudara dan nenek saya supaya tidak lupa mendoakan saya. Malam kenduri keluarga yang tidak dapat saya hadiri saya hantar sebuah mesej pesanan ringkas kepada nenek untuk mendoakan saya supaya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran, menjadi wanita solehah dan dapat mengikut jejak langkah mereka.... dan mesej yang terakhir yang menjadi bahan usikan saudara mara, semoga saya dijodohkan dengan seorang yang soleh, beriman dan bertaqwa.


Bila diusik, dengan selamba saya menjawab "Ijah dah 22 thn, tahun depan 23, apa salahnya". Dalam hati saya tertanya-tanya adakah saya kelihatan seperti anak kecil lagi yang tak layak memikirkan jodohnya?. Ibu saudara saya hanya tersenyum mendengar jawapan saya, mungkin dia baru tersedar yang saya sudah pun dewasa.


Saya cuma berharap hal ini tidak menjadi taboo di dalam masyarakat. Seorang wanita yang telah dewasa memikirkan soal jodohnya, apa lagi dia masih di IPT. Menganggap nikah adalah taboo, memikirkannya juga taboo, tetapi tidak bagi couple, tidak keterlaluan jika saya katakan inilah pandangan sebahagian umum . Sebahagian pelajar IPT dan tidak kurang masyarakat luar memandang hairan dengan pelajar yang telah bernikah semasa di IPT, tetapi tidak pula memandang hairan dengan budaya couple yang menjadi tradisi. Luahan hati ini bukanlah bermaksud untuk menembak mana-mana pihak, saya cuma berharap keadaan dapat dibetulkan.


Wajarkah bagi seorang wanita memikirkan soal jodohnya, apa lagi berdoa supaya dijodohkan dengan seorang laki-laki soleh?.

Tepuk dada tanyalah Iman, dan anda akan tahu jawapannya.

Wallahua'lam.

Tiba-tiba saya teringat mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh kakak " Ijah, aku nak kawen" dan saya pun tersenyum sendirian..


p/s: Kala selesai menulis post ini saya tertanya-tanya apa kaitan cerita pergi umrah dengan cerita jodoh?, ada kaitan kot.. ") . Terbayang-bayang lambaian Kaabah dan Masjid Nabi kala ini, alangkah indahnya..teringat juga kat budak-budak comel yang saya cubit pipinya tadi.. :-p

Cerita saya dan saudara Yusammir cam ade kaitan la : http://www.yussamir.com/2007/01/nikah-khitbah.html

6 comments:

Wardah said...

sangat wajar dik! untuk menggapai syurga dan kebahagian hakiki kita memohon pada Allah sejak dari dulu lagi kan..jadi untuk mendapat jodoh yang baik, kita harus memohon dari awal lagi..taklupa juga memohon supaya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. jangan apabila hampir dengan hal tersebut baru nak mohon, sebab kita harus memohon dari awal..semoga Allah mendengar dan mengabulkan doa kita yang banyak..kerana kita insan kerdil yang tiada daya untuk uruskan semuanya sendiri..ampuni kami Tuhan..

NuRuLhiDaYani Bt AhmaD said...

salam..em mg hajat nyer tercapai jua utk pergi ke sana..perkaitan jdh tu pulak mayb nati blh bulan madu dengan membuat umrah ke sana..=)..beruntung sapa yg dapat g ke sana..sy amat2x teringin..tp pape pon nak bawak mak ngan abah dulu ke sana..doakan ek kak..=)

aienzunnur said...

salam...huhuhu...
ain pn sgt2 nk pegi....
insyaallah masa dijah akn tiba..
n psl jodoh 2...
ain doa2 dijah jmpe yg soleh...cpt lgsg...cpt la ain mkn ns myknye kn?...hehehe...lup u sayang..=)

tulip putih said...

to kak Wardah:

Terima ksh kak, semoga Allah mengabulkan doa kita, pada siapa lg tempat utk kt minta jk bkn pdNya kan.

to Nurulhidayani bt Ahmad :

Terima kasih dik ats doanya,Ameen..klu perancangan bulan madu smbl bt umrah pn best jgk tu, tp bajet kene besar jd kena menyimpn dr skrg la hehe..Akak doakan smg cita2 adk yg murni tu tercapai, Ameen.

to aienzunnur :

Wsalam aien sayang, malu deh ain ckp mcm tu..InsyaAllah kt jg doa smga ain jg jmpa yg soleh, klu cpt lgsg tu x tahulah..tp klu ain nak mkn nasi minyak bila2 pn blh kt belanjr..hehe, I luv u too ain syg..

Anonymous said...

Salam Ija..

Bonda Azim meninggalkan jejak di blog Ija as promised...

tulip putih said...

wsalam..

yah..akhirnya ketemu juga bonda azim dengan blog ku..hehe..tolong peluk cium azim utk ijah yer, tak sabar nak jmpa azim lg utk ku cubit pipinya..hehe..

p/s: apa kata cikdam?.