Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 21, 2009

Hadiah seorang ayah seperti ayah..


"Ameen ya Rab, kejayaan bukn dtng mnggolek,kbhgiaan xdtg mlayang,bukn snang hndak hdup senang,tdak susah hndak jadi susah. syurga ALLAH jalanya susah dn payah,neraka pula jlanya mudah....Slamat brjaya whai gadis brhati waja"

Mesej dari ayah yang mengharukan hatiku. Ada air panas mengalir di tubir mata. Terima kasih Allah kerana menghadiahkan aku seorang ayah seperti ayah..Ayah yang lembut hatinya..Ayah yang penyayang, sabar dan tabah.

Lembutnya ayah..., makcik bercerita, ketika kami masih kecil, makcik melihat ayah bangun dari tidurnya pergi ke bilik kami dan membetulkan selimut kami.

Ketika makcik meminta salah seorang dari kami untuk dijadikan anak angkatnya, ayah berkata, suatu hari nanti dia tak mahu anak-anaknya menyalahkannya..

Ketika makan, ayah terkenang pada anak-anak yang jauh dan berada di asrama, ayah mengalirkan air mata, memikirkan makan apakah anak-anaknya pada hari itu..

Ketika kami sakit, ayah berusaha mencari penawarnya...

Ketika aku kejauhan, jauh berada di asrama, memerlukan wang segera, ayah berhujan dan berpanas membonceng motor menghantarnya.

Ayah mengajar kami mengaji dengan tangannya. Sambil tersedu sedan kami membaca, ayah tiada peduli asalkan betul makhraj dan sebutannya..

Dan ketika aku makin dewasa ayah menjadi teman yang setia dan akrab untuk aku meluah rasa dan bercerita..

Dan ketika ini, ayah masih membanting keras tulang temulangnya mencari rezeki untuk kami semua..

Aku makin dewasa dan makin terlupa untuk mengucapkan terima kasih padanya..

Terima kasih ayah...untuk segalanya..

Terima kasih Allah kerana berikan aku hadiah seorang ayah seperti ayah..




2 comments:

bonda azim said...

suka baca catatan ni.. tak meleret, direct to the point.. dan sudah tentu menyentuh hati...

Ija kena tunjuk tulisan ni kat Ayah Latip laaa...

Khadijah A.L said...

to bonda azim:

Ija seorang yg pemalu la cik Ann..ahaks..

Ija tls utk ingatan kpd dr sdr & pd my sis & bro..

Ap pn..Biar ayah yg bc sdr..br best..

tq yer cik Ann..