Ku pejamkan mata...
ada air panas mengalir di tubir mata
tiada yang ku lihat selain dari warna yang kelam
dan bayangan hitam
bayangan dosa-dosa mula menjelma
betapa banyaknya
sehingga sempat aku terfikir bahawa aku tidak akan selamat dengannya
Dan saat aku pejamkan mata lebih lama
satu persatu kurniaan Mu mula menjelma
Engkau beri aku nikmat dunia
kerana Engkau ingin aku bersyukur dengannya
Engkau beri aku derita
kerana Engkau ingin hadiahkan aku bahagia
Engkau beri aku ujian segala
kerana Engkau ingin jadikan aku dewasa
Aku pejamkan mata lagi
mengingat kasihnya Allah pada diri..
Allah,
Engkau beri kasih sayangmu
tanpa memilih siapa aku
Engkau pandang aku dengan pandangan beribu
Engkau bentangkan aku jalan supaya aku tak keliru
Engkau sentiasa ada untukku
setiap saat dan waktu
Allah,
Terima kasih untuk segalanya
Terima kasih kerana memandangku
Terima kasih kerana mengasihiku
Terima kasih kerana menyayangiku
Aku tak ingin lagi berpaling dariMU
Janganlah Engkau bolak balikkan hatiku
setelah Engkau terima aku dan taubatku
Bila nanti..
aku pejamkan mata untuk selamanya
aku ingin tersenyum dalam bahagia..
izinkan aku Allah..
0 comments:
Post a Comment