Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 29, 2011

Kerna kamu istikharahku~


Jodohku,
pernahkah kamu jatuh cinta?
apa rasanya cinta itu?

Jika ditanya padaku,
Jujurnya, ya
Aku jatuh cinta padamu

Masakan tidak,
Kamu yang aku tunggu-tunggu dalam setiap doaku
Kamu yang aku tunggu-tunggu di hujung istikharahku

Masakan tidak,
Kamu yang tidak pernahku lihat
Tetapi keyakinan janji Tuhanku melebihi sosokmu

Jodohku,
Ketahuilah, mungkin kita terpisah jauh oleh sempadan dan lautan
mungkin juga kita terlalu dekat, sehingga tidak menyedari
Namun, hanya Tuhan yang bisa menyatukan
Dengan doa,
Dengan Sabar,
Dengan caraNya tersendiri

Jodohku,
Mungkin kita terlalu banyak kekurangan,
Kerana itu Allah bekalkan kita kelebihan
Moga tiada penyesalan, kita saling melengkapkan

Jodohku,
Adakalanya, hati ini goyah
melihat sebayaku sudah berkasih-kasihan
tetapi, fikiran ini cepat-cepat ditumpaskan

Jodohku
Aku di sini setia menunggumu,
Kerna kamu adalah istikharahku.

~tulip putih~

3 comments:

Muhamad Izwan said...

dijah ni masih tetap mcm dulu.. hehe masih terer dan hebat dalam berpuisi dan bermain kata.smoga impian hg dan cita-cita hg akan tercapai utk jd penulis yg berjaya insyallah :p

tulip putih said...

aminn...tq, tp ak xla hebat mn pun..biasa-biasa jer..=)

tulip putih said...
This comment has been removed by the author.