Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 2, 2011


Kesunyian ini adakalanya mengguris hatiku
Kerinduan menyusup senyap menusuk kalbu
Awan mendung pun menahan hujan dari menitis
mentari pun menahan terikan dari menyimbah
Salji pun berhenti membeku

Ingatlah wahai kalbu,
Hidup ini hanya sementara
kesenangan ini sementara
kesusahan juga sementara
kesunyian ini sementara

Bersabarlah,
Ingatlah janji Tuhan itu pasti
Ada kehidupan selepas mati

ya Allah,
Moga selepas ini, aku tidak sunyi lagi,
bimbinglah aku dengan cahayaMu

1 comments:

Muhamad Izwan said...

Andai kata cinta itu adalah sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu adalah harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kotak kristal yang indah pada penglihatan tapi derita pada perasaan.

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta, tapi apabila perasaan rindu itu datang, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan akhirnya terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa dia telah jatuh cinta.

Gerak geri seringkali memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk akan kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cinta itu hadir - apabila hati merasai kehadiran seseorang yang bakal mewarnai kehidupan.

Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang dan perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Apakah sebenarnya cinta? Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang disaat-saat kita sedang kehilangannya. Kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, disaat-saat kita amat memerlukannya.

Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati...